Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kidung Agung 1 >> 

1Kidung Agung oleh Raja Salomo.

Nyanyian Pertama

2Wanita Ciumlah aku dengan bibirmu; cintamu lebih nikmat daripada wain.

3Engkau harum semerbak, namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan. Oleh itu, gadis-gadis cinta kepadamu.

4Cepatlah, bawalah aku bersama-samamu, ya rajaku, bawalah aku ke bilikmu. Wanita-Wanita Kami akan bersukaria kerana engkau, dan memuji cintamu lebih daripada wain; patutlah gadis-gadis cinta kepadamu.

5Wanita Hai puteri-puteri Yerusalem, sungguhpun aku hitam tetapi aku manis; walaupun aku hitam seperti khemah Kedar, tetapi aku cantik seperti tirai di istana Salomo.

6Jangan hina aku kerana kulitku hitam; aku hitam kerana kena sinaran matahari. Saudara-saudaraku marah terhadap aku, dan memaksa aku bekerja di ladang anggur; aku tiada masa menjaga diriku sendiri.

7Katakanlah, hai kekasihku, di manakah engkau akan menggembalakan ternakan, di manakah domba berbaring pada tengah hari? Mengapakah aku harus mencari engkau antara kawanan domba kepunyaan gembala lain?

8Lelaki Tidakkah engkau tahu akan tempatnya, hai wanita yang paling jelita? Ikutlah jejak kawanan ternak, dan gembalakanlah anak-anak kambingmu dekat khemah para gembala.

9Hai sayangku, engkau laksana kuda betina yang memberahikan kuda jantan penarik kereta kuda raja Mesir.

10Pipimu molek dengan perhiasan, lehermu cantik dengan kalung permata.

11Kami akan membuat perhiasan emas bagimu, perhiasan yang bertatahkan perak.

12Wanita Ketika rajaku di perbaringannya, semerbak harum narwastuku.

13Kekasihku seperti mur yang harum, waktu dia berbaring di dadaku.

14Kekasihku bagaikan serumpun bunga inai di ladang anggur di En-Gedi.

15Lelaki Alangkah cantiknya engkau, hai sayangku, engkau sungguh cantik! Matamu bagaikan mata merpati.

16Wanita Betapa kacaknya engkau, hai sayangku, engkau sungguh menarik! Rumput hijau menjadi perbaringan kita;

17pokok sedar menjadi tiang rumah kita, dan pokok sipres langit-langitnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kidung Agung 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel