Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 135 >> 

Lagu Pujian

1Pujilah TUHAN! Pujilah nama TUHAN, hai kamu hamba-hamba TUHAN

2yang beribadat di Rumah TUHAN, di tempat kediaman Allah kita.

3Pujilah TUHAN kerana Dia baik; pujilah nama-Nya kerana Dia murah hati.

4Dia memilih Yakub bagi diri-Nya sendiri, dan umat Israel sebagai milik-Nya sendiri.

5Aku tahu bahawa TUHAN kita agung; Dia lebih agung daripada semua dewa.

6Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, di langit mahupun di bumi, di laut mahupun di samudera.

7Dia mendatangkan awan ribut dari hujung bumi; Dia menjadikan kilat untuk ribut, dan Dia mengeluarkan angin dari tempat simpanan-Nya.

8Di Mesir Dia membunuh semua anak sulung manusia dan semua anak sulung binatang.

9Di sana Dia melakukan banyak mukjizat dan hal yang menakjubkan untuk menghukum raja Mesir dan semua pegawainya.

10Dia memusnahkan banyak bangsa, dan membunuh raja-raja yang berkuasa:

11Sihon, raja Amori dan Og, raja Basan, dan semua raja di Kanaan.

12Dia menyerahkan negeri mereka kepada umat-Nya; Dia memberikannya kepada umat-Nya, Israel.

13Ya TUHAN, Engkau akan sentiasa diisytiharkan sebagai Allah; semua keturunan akan mengingat Engkau.

14TUHAN akan membela umat-Nya; Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya.

15Patung berhala bangsa-bangsa dibuat daripada perak dan emas, dan dibentuk oleh tangan manusia.

16Berhala mempunyai mulut tetapi tidak dapat bercakap, mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat,

17mempunyai telinga tetapi tidak dapat mendengar; berhala pun tidak dapat bernafas.

18Biarlah semua orang yang membuat berhala dan yang percaya kepadanya, menjadi seperti berhala yang dibuat mereka.

19Pujilah TUHAN, hai umat Israel; pujilah Dia, hai imam-imam Allah!

20Pujilah TUHAN, hai orang Lewi; pujilah TUHAN, hai kamu semua yang menyembah Dia!

21Pujilah TUHAN di Sion, di rumah-Nya di Yerusalem. Pujilah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 135 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel