Lagu Kesyukuran
1Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.
2Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi.
3Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi.
4Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; kasih-Nya kekal abadi.
5Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; kasih-Nya kekal abadi.
6Dia menghamparkan bumi di atas air; kasih-Nya kekal abadi.
7Dia menjadikan matahari dan bulan; kasih-Nya kekal abadi.
8Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; kasih-Nya kekal abadi.
9Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam; kasih-Nya kekal abadi.
10Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir; kasih-Nya kekal abadi.
11Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir; kasih-Nya kekal abadi.
12Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; kasih-Nya kekal abadi.
13Dia membelah Laut Gelagah; kasih-Nya kekal abadi.
14Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu; kasih-Nya kekal abadi;
15tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya; kasih-Nya kekal abadi.
16Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; kasih-Nya kekal abadi.
17Dia membunuh raja-raja yang berkuasa; kasih-Nya kekal abadi.
18Dia membunuh raja-raja yang termasyhur; kasih-Nya kekal abadi.
19Dia membunuh Sihon, raja orang Amori; kasih-Nya kekal abadi.
20Dia membunuh Og, raja negeri Basan; kasih-Nya kekal abadi.
21Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya; kasih-Nya kekal abadi.
22Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya; kasih-Nya kekal abadi.
23Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi.
24Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita; kasih-Nya kekal abadi.
25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup; kasih-Nya kekal abadi.
26Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; kasih-Nya kekal abadi.