Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 34 >> 

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

1Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh. (34-2) Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN; aku tidak akan berhenti memuji Dia.

2(34-3) Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya; semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.

3(34-4) Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku, marilah bersama-sama memuji nama-Nya.

4(34-5) Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.

5(34-6) Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira; mereka tidak sekali-kali akan kecewa.

6(34-7) Orang malang berseru dan TUHAN menjawab, Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.

7(34-8) Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.

8(34-9) Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN! Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

9(34-10) Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya, kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.

10(34-11) Singa juga lapar kerana kekurangan makanan, tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.

11(34-12) Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku, aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.

12(34-13) Mahukah kamu menikmati hidup? Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?

13(34-14) Jangan keluarkan kata-kata jahat, dan jangan suka berdusta.

14(34-15) Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik; usahakanlah kedamaian dengan tekun.

15(34-16) TUHAN memperhatikan orang salih, dan mendengar tangisan mereka;

16(34-17) tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat; apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.

17(34-18) Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.

18(34-19) TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.

19(34-20) Orang baik mengalami banyak kesusahan, tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;

20(34-21) TUHAN memelihara mereka dengan sempurna, tulang mereka tidak satu pun patah.

21(34-22) Orang jahat akan mati kerana kejahatan mereka; mereka yang membenci orang salih akan dihukum.

22(34-23) TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya, mereka yang berlindung kepada-Nya akan diselamatkan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 34 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel