Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 40 >> 

Doa Kesyukuran

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. (40-2) Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar, lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.

2(40-3) Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya, dari paya yang berlumpur. Dia meletakkan aku di atas batu sehingga langkahku kukuh.

3(40-4) Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru, lagu pujian untuk Allah kita. Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut lalu percaya kepada TUHAN.

4(40-5) Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN, orang yang tidak menyembah berhala atau mengikut mereka yang menyembah dewa.

5(40-6) Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami, ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya! Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami, tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.

6(40-7) Engkau tidak mahu korban dan persembahan; Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa. Tetapi Engkau telah memberi aku telinga yang dapat mendengar firman-Mu.

7(40-8) Oleh itu aku menyahut, "Inilah aku; arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.

8(40-9) Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku."

9(40-10) Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baik bahawa Engkau telah menyelamatkan kami. Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya. Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.

10(40-11) Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati; aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu. Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri tentang kesetiaan dan kasih-Mu.

11(40-12) Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku; peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.

12(40-13)

Doa Minta Tolong

Aku dikelilingi banyak kesusahan, jumlahnya tidak terkira. Dosa-dosaku telah mengejar aku, sehingga aku tidak dapat melihat. Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku, dan aku kehilangan semangat.

13(40-14) Ya TUHAN, selamatkanlah aku! Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!

14(40-15) Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dibingungkan. Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku, dipukul mundur dan dipermalukan.

15(40-16) Biarlah mereka yang mengejek aku terkejut dan malu kerana dikalahkan.

16(40-17) Semoga semua orang yang datang kepada-Mu bergembira dan bersukacita! Semoga mereka yang bersyukur bagi penyelamatan-Mu sentiasa berkata, "Sungguh agungnya TUHAN!"

17(40-18) Aku lemah dan tidak berdaya; tetapi Engkau, ya Tuhan, mengingati aku. Engkaulah penolong dan penyelamatku; cepatlah datang menolong aku, ya Allahku!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 40 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel