Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 51 >> 

Doa Minta Ampun

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud (51-2) setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba. (51-3) Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.

2(51-4) Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku.

3(51-5) Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku.

4(51-6) Aku telah berdosa terhadap-Mu -- terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat. Maka patutlah Engkau menghakimi aku; adillah Engkau ketika menghukum aku.

5(51-7) Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan.

6(51-8) Engkau menghendaki ketulusan hati; penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.

7(51-9) Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji.

8(51-10) Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula.

9(51-11) Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku, dan hapuskanlah segala kejahatanku.

10(51-12) Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh.

11(51-13) Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu; janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku.

12(51-14) Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.

13(51-15) Maka aku akan mengajarkan perintah-Mu kepada orang berdosa, dan mereka akan kembali kepada-Mu.

14(51-16) Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu.

15(51-17) Tolonglah aku berkata-kata, ya Tuhan, lalu aku akan memberi Engkau pujian.

16(51-18) Engkau tidak mahu korban yang dipersembahkan; jika aku mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Mu, Engkau pun tidak berkenan.

17(51-19) Persembahanku adalah hati yang hancur, ya Allah; hati yang remuk dan sesal, akan Engkau terima.

18(51-20) Tunjukkanlah kebaikan-Mu kepada Sion, ya Allah, binalah tembok-tembok Yerusalem semula.

19(51-21) Maka Engkau akan berkenan dengan persembahan yang layak, serta korban-korban yang kami bakar; di atas mazbah-Mu, lembu jantan akan dipersembahkan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 51 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel