Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 55 >> 

Doa Orang yang Dikhianati oleh Sahabat

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud. (55-2) Ya Allah, dengarlah doaku; jangan berpaling daripada rayuanku.

2(55-3) Dengarlah aku dan jawablah aku; aku lemah kerana kerunsinganku.

3(55-4) Aku cemas kerana ancaman musuhku, dan remuk kerana orang jahat menindas aku. Mereka menyusahkan aku; mereka marah kepadaku dan membenci aku.

4(55-5) Aku sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian.

5(55-6) Aku diliputi ketakutan dan kegentaran, dan dicengkam oleh perasaan seram.

6(55-7) Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenang.

7(55-8) Aku akan terbang jauh sekali; padang gurun akan kudiami.

8(55-9) Aku akan bergegas mencari tempat berlindung terhadap ribut dan angin kencang.

9(55-10) Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan, kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.

10(55-11) Siang malam mereka mengelilingi kota, melakukan kekacauan dan jenayah.

11(55-12) Di merata tempat berlaku pemusnahan; jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.

12(55-13) Andaikata musuh mempermainkan aku, aku dapat menanggungnya; andaikata seorang lawan menghina aku, aku pun dapat bersembunyi daripadanya.

13(55-14) Tetapi engkau ini, temanku, rakanku serta sahabat karibku.

14(55-15) Kita pernah berbual dengan mesra, dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.

15(55-16) Biarlah dengan mendadak musuhku mati, dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati, kerana kejahatan memenuhi rumah mereka, dan menguasai hati mereka.

16(55-17) Tetapi aku berseru kepada TUHAN Allah untuk menolong aku, dan Dia akan menyelamatkan aku.

17(55-18) Keluhanku dan tangisanku naik ke hadirat-Nya pada petang, pagi, dan tengah hari, dan Dia akan mendengar suaraku.

18(55-19) Dia akan membawa aku pulang dengan selamat setelah aku berperang melawan musuh yang banyak sangat.

19(55-20) Allah yang memerintah selama-lamanya, akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku, kerana mereka tidak mahu berubah hati, dan tidak takut kepada Allah.

20(55-21) Bekas temanku menyerang kawan-kawannya; dia mengingkari janjinya.

21(55-22) Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

22(55-23) Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN, maka Dia akan membela kamu; Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.

23(55-24) Tetapi Engkau, ya Allah, akan membinasakan pendusta dan pembunuh sebelum mereka mencapai separuh usia. Tetapi bagiku, aku akan percaya kepada-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 55 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran