Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 56 >> 

Kepercayaan kepada Allah pada Waktu Kesusahan

1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat. (56-2) Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang; musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa.

2(56-3) Sepanjang hari lawanku menyerang aku; banyak orang yang melawan aku.

3(56-4) Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa, aku berharap kepada-Mu.

4(56-5) Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut; aku memuji Dia kerana janji-Nya. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?

5(56-6) Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku; mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.

6(56-7) Mereka berkumpul di tempat persembunyian, dan mengawasi segala gerak-geriku, sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.

7(56-8) Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka, dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!

8(56-9) Engkau tahu betapa cemasnya hatiku; Engkau tahu betapa banyaknya air mataku. Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?

9(56-10) Pada hari aku berseru kepada-Mu, mundurlah musuh-musuhku. Aku tahu bahawa Allah memihak aku.

10(56-11) Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.

11(56-12) Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

12(56-13) Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu, aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.

13(56-14) Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian, dan menjauhkan aku daripada kekalahan. Oleh itu, aku dapat hidup dalam perlindungan Allah, dalam cahaya yang menerangi semua yang hidup.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 56 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel