Pujian bagi Yerusalem
1Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;
2Dia lebih mengasihi kota Yerusalem daripada tempat lain di Israel.
3Dengarlah, hai kota Allah, hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:
4"Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia, akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem."
5Tentang Sion, akan dikatakan bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.
6TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, dalam senarai penduduk Yerusalem.
7Mereka akan menari dan menyanyi, "Sionlah sumber segala berkat kami."