Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 10 >> 

Penyembahan Berhala

1Hai umat Israel, dengarlah perkhabaran TUHAN kepada kamu.

2Dia berfirman, "Jangan ikut kebiasaan bangsa-bangsa lain; jangan gentar melihat tanda-tanda yang luar biasa di langit, walaupun bangsa-bangsa lain takut.

3Agama bangsa-bangsa itu tidak berguna sama sekali. Orang menebang sebatang pokok kayu di hutan; lalu tukang kayu mengukir batang pokok itu dengan alat pengukir,

4kemudian menghiasnya dengan emas dan perak. Kayu yang berukir itu ditegakkan dengan paku untuk menahannya daripada terjatuh.

5Patung-patung berhala itu bagaikan orang-orangan di kebun mentimun; patung berhala tidak dapat bercakap; patung berhala harus diangkat kerana tidak dapat berjalan. Jangan takut akan patung berhala; patung berhala tidak dapat mencederakan kamu, dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepada kamu."

Ibadat kepada TUHAN

6Ya TUHAN, Engkau tiada taranya; Engkau sungguh perkasa, nama-Mu agung dan berkuasa.

7Siapa yang tidak mahu menghormati Engkau, raja semua bangsa? Engkau patut dihormati oleh semua. Engkau tiada taranya antara semua orang bijak daripada bangsa-bangsa, atau antara raja-raja mereka.

8Mereka semua bebal dan bodoh. Apakah yang dapat dipelajari mereka daripada patung berhala yang dibuat daripada kayu?

9Berhala mereka disaluti perak dari Sepanyol, dan disaluti emas dari Ufas; semuanya karya para tukang. Pakaian berhala daripada kain ungu tua dan ungu muda, ditenun oleh para penenun yang mahir.

10Tetapi Engkau, TUHAN, Allah yang benar, Engkau Allah yang hidup, raja yang kekal. Apabila Engkau murka, dunia gementar, bangsa-bangsa tidak tahan menghadapi kemurkaan-Mu.

11(Hai umat, kamu harus memberitahu mereka bahawa dewa-dewa yang tidak menciptakan langit dan bumi akan dibinasakan. Dewa-dewa itu akan lenyap dari muka bumi.)

Lagu Pujian kepada Allah

12TUHAN menjadikan bumi dengan kuasa-Nya; dengan hikmat-Nya Dia menciptakan dunia dan membentangkan langit.

13Dengan perintah-Nya air di cakerawala menderu; Dia membawa awan dari hujung bumi. Dia menyebabkan kilat memancar dalam hujan, dan mengirimkan angin dari tempat penyimpanan.

14Melihat semua itu manusia sedar bahawa mereka bodoh dan tidak mempunyai pengertian. Orang yang membuat berhala berasa hampa kerana berhala buatan mereka itu palsu dan tidak bernyawa.

15Berhala-berhala itu tidak berguna dan sepatutnya dihina. Semuanya akan dimusnahkan apabila TUHAN datang untuk menjatuhkan hukuman.

16Allah Yakub tidak seperti berhala-berhala itu; Dialah pencipta segala sesuatu. Dia telah memilih Israel menjadi umat-Nya. TUHAN Yang Maha Kuasa ialah nama-Nya.

Kegentaran Timbul di dalam Negeri

17Hai penduduk Yerusalem, kamu dikepung! Oleh itu, kumpulkanlah barang-barang kamu.

18TUHAN akan membuang kamu dari negeri ini; Dia akan meremukkan kamu sehingga tidak seorang pun tertinggal. Demikianlah firman TUHAN.

19Penduduk Yerusalem berseru, "Kami luka parah! Luka kami tidak akan sembuh. Dahulu kami sangka bahawa penderitaan ini dapat kami tanggung, tetapi sebenarnya tidak.

20Khemah kami rosak; tali-talinya semua putus. Anak-anak kami semuanya sudah pergi; tiada lagi yang dapat memasang khemah kami; tiada lagi yang dapat menggantungkan kain khemah."

21Aku menjawab, "Para pemimpin kita bodoh. Mereka tidak minta petunjuk daripada TUHAN. Itulah sebabnya mereka tidak berjaya, dan bangsa kita terserak ke mana-mana.

22Dengarlah! Berita sudah tiba! Ada suatu bangsa di utara yang menimbulkan huru-hara. Tenteranya akan menjadikan kota-kota Yehuda sepi dan tidak berpenghuni, sehingga menjadi tempat tinggal anjing hutan."

23Ya TUHAN, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya; tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.

24Ya TUHAN, hukumlah umat-Mu; tetapi jangan terlalu keras, dan jangan hukum kami ketika Engkau sedang murka, kerana tentu kami semua akan binasa.

25Lampiaskanlah kemurkaan-Mu kepada bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau, dan kepada orang yang menolak Engkau. Mereka telah membinasakan umat-Mu; mereka telah menghancurkan kami sama sekali dan memusnahkan negeri kami.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel