Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 42 >> 

Hamba TUHAN

1TUHAN berfirman, "Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan; seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku. Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya, dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa.

2Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, dan suaranya tidak akan terdengar di jalan.

3Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip. Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang.

4Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi. Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya."

5TUHAN Allah menciptakan dan membentangkan langit; Dia membentuk bumi serta segala yang hidup di atasnya; Dia memberikan nyawa dan nafas kepada manusia. Sekarang Allah berfirman kepada hamba-Nya,

6"Aku, TUHAN telah memanggil engkau serta menugaskan engkau untuk menjalankan keadilan di bumi. Melalui engkau Aku akan membuat perjanjian dengan semua orang; melalui engkau Aku akan menerangi bangsa-bangsa.

7Engkau akan mencelikkan mata orang buta, dan membebaskan orang dari penjara yang gelap.

8Akulah TUHAN, itulah nama-Ku. Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa, atau pujian-Ku kepada mana-mana berhala.

9Hal-hal yang telah Kunubuatkan sudah pun berlaku. Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku."

Lagu Pujian

10Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh!

11Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia! Hendaklah penduduk kota Sela bersorak-sorak dari puncak-puncak gunung!

12Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauh memuji dan memuliakan TUHAN!

13TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawan yang penuh semangat untuk berperang. Dia memekik sebagai isyarat perang; Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh.

Allah Berjanji untuk Menolong Umat-Nya

14Allah berfirman, "Sudah lama Aku membisu; Aku diam dan menahan diri. Tetapi sekarang tibalah saatnya untuk bertindak; Aku akan berteriak seperti perempuan yang hendak bersalin.

15Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus, dan melayukan segala tumbuhan dan rumputnya. Aku akan mengubah sungai di lembah menjadi padang gurun, dan mengeringkan kolam-kolam air.

16Aku akan memimpin umat-Ku yang buta melalui jalan yang belum pernah dilalui mereka. Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya, dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka. Itulah hal-hal yang akan Kulakukan, Aku pasti melaksanakan segala-galanya.

17Semua orang yang percaya kepada berhala, dan menganggap patung-patung sebagai dewa akan dihinakan dan dipermalukan."

Israel Masih Tidak Insaf

18TUHAN berfirman, "Dengarlah, hai orang pekak! Lihatlah baik-baik, hai orang buta!

19Adakah sesiapa yang lebih buta daripada hamba-Ku, atau lebih pekak daripada utusan-Ku?

20Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat, tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami. Kamu mempunyai telinga, tetapi kamu tidak mendengar."

21TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan; Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.

22Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah, mereka ditahan di dalam penjara bawah tanah, dan dikurung di dalam penjara. Mereka dirompak dan dijarah, tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka.

23Mahukah sesiapa mendengar? Mulai sekarang mahukah kamu mendengar baik-baik?

24Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh? TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya! Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nya ataupun mentaati ajaran-Nya.

25Oleh itu Dia membiarkan kita merasakan kemurkaan-Nya, dan menderita keganasan peperangan. Seperti api, kemurkaan-Nya membakar seluruh Israel, namun kita tidak memahami apa yang telah berlaku; kita tidak belajar daripada pengalaman itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 42 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel