Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 48 >> 

Allah yang Menentukan Masa Hadapan

1Dengarlah hal ini, hai umat Israel, keturunan Yehuda, kamu bersumpah dengan nama TUHAN dan mengaku menyembah Allah Israel, tetapi kata-kata kamu itu tidak ikhlas.

2Namun kamu mengaku dengan bangga bahawa kamu warga kota yang suci, dan bahawa kamu bergantung kepada Allah Israel, yang disebut TUHAN Yang Maha Kuasa.

3TUHAN berfirman kepada Israel, "Sejak dahulu Aku telah berfirman tentang hal yang akan berlaku, lalu dengan tiba-tiba Aku melaksanakannya.

4Aku tahu bahawa kamu keras kepala, keras hati dan berkepala batu.

5Oleh itu sejak dahulu Aku berfirman tentang masa depan kamu, Aku mengisytiharkan hal-hal yang belum berlaku; supaya kamu tidak dapat berkata bahawa hal itu perbuatan patung berhala kamu.

6Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang, kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar. Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru, rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.

7Baru sekarang Aku melakukannya, belum pernah kamu mendengar hal itu, supaya kamu tidak dapat berkata bahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya.

8Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai, kamu dikenal sebagai penderhaka. Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya, dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.

9Aku menahan kemurkaan-Ku, supaya orang memuji nama-Ku. Aku menahan kemarahan-Ku, supaya kamu tidak dibinasakan.

10Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan, seperti perak diuji di dalam relau.

11Perbuatan-Ku ini bagi kepentingan-Ku sendiri, Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemar, atau membahagi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun."

Kores, Pemimpin yang Dipilih TUHAN

12TUHAN berfirman, "Dengarlah, hai Israel, umat yang telah Kupanggil. Akulah Allah, satu-satunya Allah, yang pertama dan yang terakhir!

13Tangan-Ku meletakkan asas bumi, dan membentangkan langit. Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap, kedua-duanya datang dengan segera.

14Berhimpunlah dan dengarlah, kamu semua! Tidak satu dewa pun dapat meramalkan bahawa orang yang Aku pilih itu akan menyerang Babel; dia akan menjalankan perintah-Ku.

15Akulah yang telah berfirman serta memanggil dia; Aku memimpin dia dan memberi dia kejayaan.

16Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku. Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang, dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan."

Rancangan TUHAN untuk Umat-Nya

Sekarang TUHAN Raja mengutus aku dan memberi aku kuasa-Nya.

17Firman Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN Penyelamat kamu, "Akulah TUHAN, Allah kamu, Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu, Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.

18Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku, tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putus seperti sungai yang tidak pernah kering. Kamu akan terus-menerus berjaya seperti ombak laut yang tidak berhenti.

19Keturunan kamu akan menjadi sebanyak butir pasir dan Aku akan memastikan supaya mereka tidak binasa."

20Keluarlah dan larilah dari Babel! Isytiharkanlah berita itu dengan sorak gembira. Siarkan berita itu ke mana-mana, "TUHAN telah menyelamatkan Israel, hamba-Nya!"

21Ketika TUHAN memimpin umat-Nya melalui padang gurun, mereka tidak kehausan. Dia mengeluarkan air dari bukit batu untuk mereka; Dia membelah bukit batu, lalu air pun memancut.

22"Orang yang berdosa tidak akan selamat," demikianlah firman TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 48 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel