Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 59 >> 

Nabi Mengutuk Dosa Umat

1Jangan sangka bahawa TUHAN terlalu lemah untuk menyelamatkan kamu, atau terlalu pekak untuk mendengar seruan kamu minta tolong!

2Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya.

3Kamu telah berdosa kerana berdusta, berlaku curang, membunuh, dan berlaku ganas.

4Kamu mengadukan perkara tanpa alasan, dan kamu tidak menghakimi perkara dengan adil. Kamu mendapat kemenangan dengan berdusta. Kamu merancang untuk menyakiti orang lain, dan kamu melakukan kejahatan itu.

5Rancangan jahat kamu membawa maut, seperti telur ular berbisa. Apabila telur itu pecah, ular keluar! Tetapi muslihat kamu sia-sia sahaja seperti pakaian yang dibuat daripada sarang labah-labah!

6(59:5)

7Kamu selalu merancangkan sesuatu yang jahat, dan ingin segera melaksanakannya. Kamu tidak ragu-ragu membunuh orang yang tidak bersalah. Ke mana sahaja kamu pergi kamu meninggalkan keruntuhan dan kebinasaan,

8dan tiada seorang pun selamat. Segala perbuatan kamu tidak adil. Kamu mengikut jalan yang sesat, dan orang yang mengikut jalan itu tidak selamat.

Umat Mengakui Dosa Mereka

9Umat itu berkata, "Sekarang barulah kami tahu sebabnya Allah tidak menyelamatkan kami daripada orang yang menindas kami. Kami menanti-nantikan cahaya, tetapi hanya kegelapan yang ada.

10Kami meraba-raba seperti orang buta. Kami tersandung pada tengah hari, seolah-olah hari sudah malam. Kami seperti orang mati di kalangan orang hidup.

11Kami takut dan sedih. Kami mengharapkan Allah untuk menyelamatkan kami daripada penindasan dan kejahatan, tetapi tiada apa-apa berlaku.

12Kesalahan kami terhadap-Mu sungguh banyak. Dosa kami menyalahkan kami. Kami sungguh-sungguh menyedari kejahatan kami.

13Kami telah memberontak terhadap TUHAN, menolak Dia, dan tidak mahu mengikut Allah kami. Kami telah menindas orang lain dan menyeleweng daripada-Mu. Fikiran kami sesat dan kata-kata kami dusta belaka.

14Hukum yang adil telah disingkirkan dan keadilan dijauhkan. Kejujuran dipandang rendah di tempat-tempat umum, dan ketulusan diketepikan.

15Tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan."

TUHAN Bersiap-siap Menyelamatkan Umat-Nya

TUHAN nampak semuanya; Dia murka kerana tiada keadilan lagi.

16Dia hairan kerana tiada sesiapa pun menolong orang yang tertindas. Oleh itu, dengan kuasa-Nya sendiri Dia akan menyelamatkan mereka dan memberi mereka kemenangan.

17Dia memakai keadilan sebagai baju zirah dan penyelamatan sebagai topi besi. Dia bertekad untuk memulihkan keadaan dan membalas ketidakadilan.

18Dia akan menghukum musuh-Nya menurut perbuatan mereka, termasuk juga orang yang tinggal di negeri-negeri yang jauh.

19Dari timur ke barat, tiap-tiap orang takut akan keagungan dan kuasa-Nya. Dia akan datang seperti air sungai yang deras dan seperti angin yang kuat.

20TUHAN berfirman kepada umat-Nya, "Aku akan datang ke Yerusalem untuk membela dan menyelamatkan semua orang yang bertaubat daripada dosa.

21Aku membuat perjanjian dengan kamu: Aku telah memberi kamu kuasa-Ku dan ajaran-Ku untuk menjadi milik kamu selama-lamanya. Mulai sekarang hendaklah kamu taat kepada-Ku, dan mengajar anak serta keturunan kamu supaya taat kepada-Ku selama-lamanya."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 59 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel