Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 2 >> 

Keturunan Israel

1Inilah anak-anak Israel: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon,

2Dan, Yusuf, Benyamin, Naftali, Gad, dan Asyer.

Keturunan Yehuda; Sampai anak-anak Hezron

3Anak-anak Yehuda: Er, Onan, dan Syela. Ketiga-tiga anak itu dilahirkan baginya daripada anak perempuan Syua, orang Kanaan. Tetapi Er, anak sulung Yehuda itu, jahat di mata TUHAN sehingga Dia mengambil nyawanya.

4Tamar, menantu Yehuda, melahirkan Peres dan Zerah baginya. Jadi, seluruh anak Yehuda ada lima orang.

5Anak-anak Peres: Hezron dan Hamul.

6Anak-anak Zerah: Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara. Kesemuanya ada lima orang.

7Anak Karmi: Ahar, yang mendatangkan kesukaran kepada orang Israel kerana kemungkarannya dalam perihal barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan.

8Anak Etan: Azarya.

9Anak-anak yang lahir bagi Hezron: Yerahmeel, Ram, dan Khelubai.

Daripada Ram, anak Hezron

10Ram beranakkan Aminadab; turun-temurunnya ialah Nahason (pemimpin bani Yehuda),

11Salma, Boas,

12Obed, Isai.

13Isai beranakkan Eliab, anak sulungnya; Abinadab, anak kedua; Simea, anak ketiga;

14Netaneel, anak keempat; Radai, anak kelima;

15Ozem, anak keenam; dan Daud, anak ketujuh.

16Para saudara perempuan mereka ialah Zeruya dan Abigail. Selanjutnya tiga orang anak lelaki Zeruya ialah Abisai, Yoab, dan Asael.

17Abigail melahirkan Amasa dan ayah Amasa ialah Yeter, orang Ismael.

Kaleb, anak Hezron

18Kaleb anak Hezron beranakkan daripada Azuba, isterinya, (dan daripada Yeriot). Inilah anak-anak Azuba: Yesyer, Sobab, dan Ardon.

19Setelah Azuba mati, Kaleb memperisteri Efrat, yang melahirkan Hur baginya.

20Kemudian Hur beranakkan Uri, dan Uri beranakkan Bezaleel.

21Setelah itu, Hezron berkahwin dengan anak perempuan Makhir, ayah Gilead. Hezron memperisteri perempuan itu pada waktu dia berumur enam puluh tahun. Kemudian perempuan itu melahirkan Segub baginya.

22Segub beranakkan Yair, yang mempunyai dua puluh tiga buah kota di Tanah Gilead.

23Tetapi Gesur dan Aram merebut Hawot-Yair daripada mereka, juga Kenat dan kota-kota kecilnya sebanyak enam puluh buah kota semuanya. Itulah seluruh keturunan Makhir, ayah Gilead.

24Setelah Hezron mati di Kaleb Efrata, barulah Abia, isteri Hezron, melahirkan Asyur, bapa Tekoa.

Yerahmeel, anak Hezron

25Anak-anak Yerahmeel, anak sulung Hezron: Ram, anak sulungnya, diikuti Buna, Oren, Ozem, dan Ahia.

26Yerahmeel juga mempunyai isteri lain yang bernama Atara. Dialah ibu Onam.

27Anak-anak Ram, anak sulung Yerahmeel: Maas, Yamin, dan Eker.

28Anak-anak Onam: Samai dan Yada. Anak-anak Samai: Nadab dan Abisur.

29Nama isteri Abisur ialah Abihail, yang melahirkan Ahban dan Molid baginya.

30Anak-anak Nadab: Seled dan Apaim. Seled mati tanpa meninggalkan zuriat.

31Anak-anak Apaim: Yisei. Selanjutnya anak Yisei ialah Sesan, dan anak Sesan ialah Ahlai.

32Anak-anak Yada, adik lelaki Samai: Yeter dan Yonatan. Yeter mati tanpa meninggalkan zuriat.

33Anak-anak Yonatan: Pelet dan Zaza. Itulah keturunan Yerahmeel.

34Sesan tidak ada anak lelaki, hanya ada anak perempuan. Tetapi Sesan mempunyai seorang hamba yang bernama Yarha dari Mesir.

35Sesan memberikan anak gadisnya kepada Yarha, hambanya itu, sebagai isteri. Lalu perempuan itu melahirkan Atai baginya.

36Atai beranakkan Natan; kemudian turun-temurunnya ialah Zabad,

37Eflal, Obed,

38Yehu, Azarya,

39Heles, Elasa,

40Sismai, Salum,

41Yekamya, Elisama.

Kaum Kaleb

42Anak-anak Kaleb, adik Yerahmeel: Mesa, anak sulungnya, bapa Zif; dan bani Maresa, bapa Hebron.

43Anak-anak Hebron: Korah, Tapuah, Rekem, dan Sema.

44Sema beranakkan Raham, iaitu ayah Yorkeam. Rekem beranakkan Samai.

45Anak Samai ialah Maon, dan Maon ialah ayah Bet-Zur.

46Efa, gundik Kaleb, melahirkan Haran, Moza, dan Gazes. Haran beranakkan Gazes.

47Anak-anak Yohdai: Regem, Yotam, Gesan, Pelet, Efa, dan Saaf.

48Maakha, gundik Kaleb, melahirkan Seber dan Tirhana.

49Perempuan itu juga melahirkan Saaf, bapa Madmana; dan Sewa, bapa Makhbena serta bapa Gibea. Anak perempuan Kaleb ialah Akhsa.

50Itulah keturunan Kaleb. Anak-anak Hur, anak sulung Efrata, ialah Syobal, bapa Kiryat-Yearim;

51Salma, bapa Betlehem; dan Haref, bapa Bet-Gader.

52Syobal, bapa Kiryat-Yearim, mempunyai keturunan, Haro'e, iaitu setengah daripada orang Menuhot.

53Kaum-kaum Kiryat-Yearim ialah orang Yetri, orang Puti, orang Sumati, dan orang Misrai. Daripada mereka inilah berasal orang Zora dan orang Esytaol.

54Anak-anak Salma: Betlehem, orang Netofa; Atarot-Bet-Yoab; dan setengah daripada orang Manahti, iaitu orang Zori.

55Kaum-kaum jurutulis, yang tinggal di Yabes ialah orang Tirati, orang Simati, dan orang Sukhati. Merekalah orang Keni keturunan Hamat, bapa keturunan kaum Rekhab.



 <<  1 Tawarikh 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel