Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 27 >> 

Panglima-panglima pasukan

1Inilah daftar orang Israel, iaitu para ketua kaum keluarga, para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus, serta para pegawai yang berkhidmat kepada raja dalam segala sesuatu perihal rombongan yang bertugas atau bebas tugas bulan demi bulan sepanjang tahun. Setiap rombongan terdiri daripada 24,000 orang.

2Yasobam anak Zabdiel bertanggungjawab atas rombongan pertama pada bulan pertama. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

3Dia berasal daripada bani Peres dan dia memimpin semua panglima tentera pada bulan pertama.

4Dodai, orang Ahohi, bertanggungjawab atas rombongan pada bulan kedua, manakala Miklot ialah pemimpin rombongannya, yang terdiri daripada 24,000 orang.

5Benaya, anak Ketua Imam Yoyada, ialah panglima perang ketiga untuk bulan ketiga. Dia memimpin rombongannya yang terdiri daripada 24,000 orang.

6Benaya seorang daripada Tiga Puluh Orang Kesateria dan yang mengetuai Tiga Puluh Orang Kesateria itu sedangkan penanggungjawab atas rombongannya ialah Amizabad, anaknya.

7Asael, adik Yoab, ialah yang keempat untuk bulan keempat. Zebaja, anaknya, kemudian menggantikannya. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

8Panglima Samhut, orang Yizrah, ialah yang kelima untuk bulan kelima. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

9Ira anak Ikes, orang Tekoa, ialah yang keenam untuk bulan keenam. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

10Heles, orang Peloni daripada bani Efraim, ialah yang ketujuh untuk bulan ketujuh. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

11Sibkhai, orang Husa daripada bani Zerah, ialah yang kelapan untuk bulan kelapan. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

12Abiezer, orang Anatot daripada bani Benyamin, ialah yang kesembilan untuk bulan kesembilan. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

13Maharai, orang Netofa daripada bani Zerah, ialah yang kesepuluh untuk bulan kesepuluh. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

14Benaya, orang Piraton daripada bani Efraim, ialah yang kesebelas untuk bulan kesebelas. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

15Heldai, orang Netofa, keturunan Otniel, ialah yang kedua belas untuk bulan kedua belas. Rombongannya terdiri daripada 24,000 orang.

Para ketua suku

16Inilah orang yang mengetuai suku-suku Israel: Pemimpin atas orang Ruben: Eliezer anak Zikhri; atas orang Simeon: Sefaca anak Maakha;

17atas suku Lewi: Hasabya anak Kemuel; atas keturunan Harun: Zadok;

18atas suku Yehuda: Elihu, salah seorang saudara Daud; atas orang Isakhar: Omri anak Mikhail;

19atas suku Zebulon: Yismaya anak Obaja; atas suku Naftali: Yerimot anak Azriel;

20atas bani Efraim: Hosea anak Azazya; atas separa suku Manasye: Yo'el anak Pedaya;

21atas separa suku Manasye di Gilead: Yido anak Zakharia; atas suku Benyamin: Yaasiel anak Abner;

22atas suku Dan: Azareel anak Yeroham. Itulah para pemimpin suku-suku Israel.

23Daud tidak menghitung jumlah orang yang berumur dua puluh tahun ke bawah, kerana TUHAN telah berfirman bahawa Dia akan membuat bilangan orang Israel sebanyak bintang di langit.

24Memang Yoab anak Zeruya sudah mulai mengadakan penghitungan, tetapi dia tidak menyelesaikannya, kerana hal itu mengakibatkan orang Israel ditimpa murka. Jadi, jumlah mereka tidak tercatat dalam kitab hikayat Raja Daud.

Pengurus harta raja dan pembesar

25Penanggungjawab atas persediaan raja: Azmawet anak Adiel. Penanggungjawab atas persediaan di luar kota, di perkotaan, di pedesaan, dan di menara-menara jaga: Yonatan anak Uzia.

26Penanggungjawab atas para pekerja di ladang yang harus mengusahakan tanah: Ezri anak Kelub.

27Penanggungjawab atas kebun-kebun anggur: Simei, orang Rama. Penanggungjawab atas hasil kebun anggur untuk persediaan air anggur: Zabdi, orang Syifmi.

28Penanggungjawab atas pokok-pokok zaitun dan pokok-pokok ara di Dataran Rendah: Baal-Hanan, orang Gederi. Penanggungjawab atas persediaan minyak: Yoas.

29Penanggungjawab atas lembu-lembu yang meragut rumput di Saron: Sitrai, orang Saron. Penanggungjawab atas lembu-lembu di lembah-lembah: Safat anak Adlai.

30Penanggungjawab atas unta-unta: Obil, orang Ismael. Penanggungjawab atas keldai-keldai: Yehdeya, orang Meronot.

31Penanggungjawab atas kawanan domba: Yazis, orang Hagri. Itulah semua orang yang menjadi penanggungjawab harta benda milik Raja Daud.

32Yonatan, ayah saudara Daud, ialah seorang penasihat, juga seorang jurutulis serta terkenal arif. Yehiel anak Hakhmoni menjadi pendamping anak-anak raja.

33Ahitofel ialah penasihat raja. Husai, orang Arki, ialah sahabat raja.

34Pengganti Ahitofel ialah Yoyada anak Benaya dan Abyatar. Yoab ialah panglima perang raja.



 <<  1 Tawarikh 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel