Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 3 >> 

1Apabila kami tidak tertahan lagi, kami membuat keputusan untuk tinggal seorang diri di Atena.

2Sementara itu kami mengutus Timotius, saudara kami dan rakan sekerja Allah dalam Injil Kristus, untuk menetapkan hatimu dan meneguhkan imanmu,

3supaya tiada seorang pun daripadamu goyah pendirian akibat penganiayaan itu. Kamu tahu bahawa ini sudah ditentukan untuk kita.

4Sewaktu kami bersamamu dahulu, kami telah pun menyatakan bahawa kita akan dianiaya. Kini kamu telah melihat bahawa penganiayaan itu benar-benar berlaku.

5Aku telah mengutus Timotius kepadamu kerana terlalu ingin mengetahui bagaimana keadaan imanmu. Aku bimbang kalau-kalau si penggoda telah menggodamu sehingga usaha kami sia-sia belaka.

Laporan Timotius

6Sekarang Timotius telah pulang membawa khabar baik tentang iman dan kasihmu. Dia memberitahu bahawa kamu sentiasa mengenang mesra terhadap kami serta ingin menemui kami sebagaimana kami ingin menemuimu.

7Oleh itu, saudara-saudara, di tengah-tengah kesusahan dan kesengsaraan, hati kami terhibur oleh berita tentang imanmu.

8Kerana kini kami benar-benar hidup, memandangkan kamu tetap berdiri teguh dalam Tuhan.

9Bagaimanakah kami harus bersyukur kepada Allah atas segala kegembiraan yang kami rasakan kerana kamu di hadapan Allah kita?

10Siang malam kami berdoa sepenuh hati semoga kami dapat menemuimu dan melengkapkan apa yang masih kurang dalam imanmu.

11Semoga Allah dan Bapa kita, dan Yesus, Tuhan kita melorongkan pertemuan kita.

12Semoga Tuhan menjadikanmu semakin kasih-mengasihi dan semakin mengasihi sesama manusia sebagaimana kami mengasihimu.

13Dengan demikian Tuhan akan memperteguh hatimu sehingga kamu menjadi suci, tiada cacat cela di hadapan Allah Bapa kita semasa Tuhan kita Yesus datang dengan semua pengikut-Nya yang salih.



 <<  1 Tesalonika 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel