Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 7 >> 

1Oleh sebab kita telah mendapat janji-janji itu, saudara-saudara yang kukasihi, sucikanlah diri daripada segala yang menajiskan tubuh atau roh, dan sempurnakan kesucian kita dengan rasa takut kepada Allah.

Sukacita Paulus

2Berikanlah tempat bagi kami dalam hatimu. Kami tidak pernah berbuat salah kepada sesiapa. Kami tidak pernah merosakkan iman atau memperalatkan sesiapa.

3Aku berkata demikian bukan untuk menyalahkan kamu, kerana tadi aku menyatakan bahawa kamu telah mendapat tempat dalam hati kami, maka kita sehidup semati.

4Aku sangat mempercayaimu dan berbangga denganmu. Aku sangat terhibur, dan dalam segala kesusahan kami, hatiku dipenuhi kegembiraan.

5Setelah sampai di Makedonia, ternyata kami langsung tidak mengalami ketenangan dalam batin. Kami menanggung pelbagai kesusahan: persengketaan dari luar, dan ketakutan dalam diri sendiri.

6Tetapi Allah, yang menghibur orang yang putus asa, menghibur kami dengan kedatangan Titus.

7Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur, malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu. Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penyesalanmu, dan kesungguhan semangatmu menyokongku, yang lebih menggembirakan lagi hatiku.

8Walaupun aku telah menyedihkanmu dengan surat yang kukirim, aku tidak menyesal. Pada suatu ketika memang aku menyesal, kerana jelas sekali surat itu telah menyedihkanmu, biarpun untuk beberapa detik.

9Tetapi kini aku gembira, bukan kerana kamu bersedih, tetapi kerana kesedihanmu itu membawa taubat. Ertinya, memanglah kamu bersedih, tetapi hal itu selaras dengan kehendak Allah, maka kami tidaklah merugikanmu.

10Kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah membawa taubat dan penyelamatan, maka tidak harus disesali. Sebaliknya, kesedihan dari dunia ini membawa maut.

11Perhatikan bahawa kesedihanmu itu selaras dengan kehendak Allah. Betapa hebatnya yang dicetuskan dalam dirimu: kesungguhan, keinginan membersihkan diri daripada tuduhan, kemarahan, ketakutan, kerinduan, semangat, dan usaha menegakkan keadilan. Dari segala segi kamu telah membuktikan dirimu suci dalam hal ini.

12Kutulis surat itu kepadamu bukan untuk orang yang melakukan kesalahan itu, dan bukan pula untuk orang yang menjadi mangsa kesalahan itu, tetapi supaya perhatian kami terhadapmu di hadapan Allah ternyata kepadamu.

13Oleh sebab itulah kami berasa terhibur. Tetapi selain itu, kami berasa lebih gembira lagi melihat kegembiraan Titus, kerana kamu telah menenteramkan hatinya.

14Aku telah berbangga denganmu di hadapan Titus dan aku tidak malu berbuat demikian. Sebagaimana dalam hal-hal lain kami bercakap benar kepadamu, kata-kata bangga kami terhadapmu di hadapan Titus juga ternyata benar.

15Kasihnya kepadamu kian mendalam apabila dia mengingati ketaatanmu, dan betapa kamu telah menyambutnya dengan takut dan gementar.

16Aku gembira kerana aku dapat mempercayaimu dalam segala hal.



 <<  2 Korintus 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran