Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 1 >> 

Banci penduduk orang Israel yang pertama

1TUHAN berfirman sedemikian kepada Musa dalam Khemah Pertemuan di Gurun Sinai pada hari pertama dalam bulan kedua, dalam tahun kedua setelah orang Israel keluar dari Tanah Mesir:

2“Jalankanlah banci penduduk ke atas seluruh umat Israel menurut kaum dan keluarga mereka. Catatlah satu demi satu nama semua lelaki

3di Israel berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang. Hendaklah kamu dan Harun menghitung mereka menurut pasukan masing-masing.

4Hendaklah ada seorang daripada setiap suku yang menyertaimu, iaitu orang yang menjadi ketua kaum keluarganya.

5Inilah nama orang yang harus menyertaimu: Elizur anak Syedeur, daripada suku Ruben;

6Selumiel anak Zurisyadai, daripada suku Simeon;

7Nahason anak Aminadab, daripada suku Yehuda;

8Netaneel anak Zuar, daripada suku Isakhar;

9Eliab anak Helon, daripada suku Zebulon;

10Elisama anak Amihud, daripada suku Efraim, dan Gamaliel anak Pedazur, daripada suku Manasye, kedua-duanya keturunan Yusuf;

11Abidan anak Gideoni, daripada suku Benyamin;

12Ahiezer anak Amisyadai, daripada suku Dan;

13Pagiel anak Okhran, daripada suku Asyer;

14Elyasaf anak Rehuel, daripada suku Gad;

15Ahira anak Enan, daripada suku Naftali.”

16Itulah orang yang dipilih daripada kalangan umat, iaitu pemimpin suku kaum bapa. Mereka ketua suku kaum Israel.

17Maka Musa dan Harun memanggil orang yang telah dinamai itu,

18lalu pada hari pertama pada bulan kedua itu mereka mengumpulkan seluruh umat. Seluruh umat pun menyatakan salasilah mereka menurut keluarga serta suku kaum mereka, dan nama setiap lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dicatat satu demi satu,

19seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Demikianlah Musa menghitung mereka di kawasan Gurun Sinai:

20Daripada bani Ruben, iaitu keturunan daripada anak sulung Israel: Nama setiap lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

21Jumlah yang dihitung daripada suku Ruben ialah 46,500 orang.

22Daripada bani Simeon: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

23Jumlah yang dihitung daripada suku Simeon ialah 59,300 orang.

24Daripada bani Gad: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

25Jumlah yang dihitung daripada suku Gad ialah 45,650 orang.

26Daripada bani Yehuda: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

27Jumlah yang dihitung daripada suku Yehuda ialah 74,600 orang.

28Daripada bani Isakhar: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

29Jumlah yang dihitung daripada suku Isakhar ialah 54,400 orang.

30Daripada bani Zebulon: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

31Jumlah yang dihitung daripada suku Zebulon ialah 57,400 orang.

32Daripada bani Yusuf, khususnya daripada bani Efraim: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

33Jumlah yang dihitung daripada suku Efraim ialah 40,500 orang.

34Daripada bani Manasye: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya,

35dan jumlah yang dihitung daripada suku Manasye ialah 32,200 orang.

36Daripada bani Benyamin: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

37Jumlah yang dihitung daripada suku Benyamin ialah 35,400 orang.

38Daripada bani Dan: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

39Jumlah yang dihitung daripada suku Dan ialah 62,700 orang.

40Daripada bani Asyer: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

41Jumlah yang dihitung daripada suku Asyer ialah 41,500 orang.

42Daripada bani Naftali: Nama setiap lelaki berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang dicatat satu demi satu menurut kaum dan keluarganya.

43Jumlah yang dihitung daripada suku Naftali ialah 53,400 orang.

44Itulah jumlah orang yang dihitung oleh Musa dan Harun berserta kesemua dua belas orang pemimpin Israel, yang masing-masing mewakili keluarganya.

45Jadi, seluruh orang Israel yang dihitung menurut keluarganya, iaitu semua orang Israel berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang

46berjumlah 603,550 orang.

47Akan tetapi, mereka yang termasuk bani Lewi menurut suku bapa leluhurnya tidak turut dihitung bersama-sama orang itu,

48kerana demikianlah firman TUHAN kepada Musa,

49“Hanya, suku Lewi jangan kausenaraikan. Jangan kauadakan banci penduduk ke atas mereka bersama-sama orang Israel lainnya,

50melainkan angkatlah orang Lewi sebagai pengawas ke atas Khemah Suci tempat kesaksian, ke atas segala alat kelengkapannya, dan ke atas segala sesuatu yang ada di dalamnya. Mereka harus mengusung Khemah Suci dengan segala alat kelengkapannya serta mengurusnya. Selain itu, mereka pun harus berkhemah di sekelilingnya.

51Apabila berangkat, orang Lewilah yang harus membongkar Khemah Suci itu, dan apabila hendak berkhemah, orang Lewi pulalah yang harus memasangnya. Orang awam yang berani mendekati Khemah itu harus dihukum mati.

52Orang Israel lainnya harus berkhemah di perkhemahan masing-masing menurut pasukan mereka, berdekatan bendera masing-masing,

53tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah Suci, tempat loh hukum, supaya jangan umat Israel tertimpa murka. Jadi, orang Lewi harus menunaikan kewajipan mereka memelihara Khemah Suci, tempat loh hukum itu.”

54Orang Israel pun melakukannya. Selaras dengan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, demikianlah dilakukan mereka.



 <<  Bilangan 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel