Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 34 >> 

Sempadan selatan Tanah Kanaan

1TUHAN berfirman kepada Musa,

2“Perintahkanlah orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Apabila kamu telah memasuki Tanah Kanaan, maka itulah negeri yang akan menjadi harta pusakamu, iaitu Tanah Kanaan menurut semua perbatasannya.

3Sempadan selatanmu ialah dari Gurun Zin berpinggirkan Edom. Batas selatanmu dari hujung Laut Mati ke arah timur,

4kemudian membelok ke selatan Tanjakan Akrabim, dan menyeberangi ke Zin, dan berakhir di sebelah selatan Kadesh-Barnea. Dari situ perbatasan berlanjutan ke Hazar-Adar dan terus ke Azmon,

5lalu dari Azmon membelok ke Wadi Mesir dan berakhir di laut.

6Sempadan barat wilayah kamu ialah Laut Besar dan sepanjang pesisirnya. Itulah sempadan barat kamu.

7Bagi sempadan utara kamu, tentukanlah tanda perbatasan dari Laut Besar ke Gunung Hor,

8lalu dari Gunung Hor ke jalan masuk menuju Hamat, hingga berakhir di Zedad.

9Kemudian perbatasan menjalar ke Zifron dan berakhir di Hazar-Enan. Itulah perbatasan utara kamu.

10Tentukanlah tanda sempadan kamu di sebelah timur dari Hazar-Enan ke Sefam.

11Dari Sefam perbatasan menurun ke Ribla, di sebelah timur Ain, kemudian menurun lagi hingga sampai ke lereng Danau Kineret di sebelah timur.

12Selanjutnya batas turun ke Sungai Yordan dan berakhir di Laut Mati. Itulah negerimu dengan perbatasan yang mengelilinginya.’ ”

13Musa memberikan perintah kepada orang Israel, “Itulah negeri yang akan kamu warisi dengan mencabut undi. TUHAN memerintahkan agar negeri itu diberikan kepada suku yang sembilan setengah itu,

14kerana setiap kaum keluarga dalam suku bani Ruben, dan setiap kaum keluarga dalam suku bani Gad telah menerima harta pusaka mereka, demikian jugalah halnya dengan separuh suku Manasye.

15Kedua-dua suku serta setengah suku itu telah menerima harta pusaka mereka di seberang Sungai Yordan dekat Yerikho, iaitu di sebelah timur, ke arah matahari terbit.”

Senarai ketua suku kaum

16TUHAN berfirman kepada Musa,

17“Inilah nama orang yang harus membahagi-bahagikan negeri itu antaramu sebagai harta pusaka, iaitu Imam Eleazar dan Yosua anak Nun.

18Kemudian ambillah seorang pemimpin daripada setiap suku untuk membahagikan negeri itu sebagai harta pusaka.

19Inilah nama-nama mereka: Kaleb anak Yefune, daripada suku Yehuda;

20Samuel anak Amihud, daripada suku bani Simeon;

21Elidad anak Kislon, daripada suku Benyamin;

22Buki anak Yogli, seorang pemimpin daripada suku bani Dan;

23Haniel anak Efod, seorang pemimpin daripada suku bani Manasye, keturunan Yusuf;

24dan Kemuel anak Siftan, seorang pemimpin daripada suku bani Efraim, keturunan Yusuf;

25Elisafan anak Parnah, seorang pemimpin daripada suku bani Zebulon;

26Paltiel anak Azan, seorang pemimpin daripada suku bani Isakhar;

27Ahihud anak Selomi, seorang pemimpin daripada suku bani Asyer;

28Pedael anak Amihud, seorang pemimpin daripada suku bani Naftali.

29Itulah orang yang diperintahkan TUHAN untuk membahagi-bahagikan harta pusaka di Tanah Kanaan kepada orang Israel.”



 <<  Bilangan 34 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel