Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 35 >> 

Kota-kota raya bani Lewi

1TUHAN berfirman kepada Musa di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho,

2“Perintahkanlah kepada orang Israel supaya mereka memberikan kepada bani Lewi kota-kota daripada harta pusaka mereka untuk didiami. Berikanlah juga kepada bani Lewi tanah ternakan di sekeliling kota-kota raya itu.

3Kota-kota raya itu akan menjadi tempat kediaman mereka, dan segala tanah ternakan mereka akan menjadi tempat ternakan mereka, harta benda mereka, serta segala haiwan mereka.

4Hendaklah tanah ternakan kota raya yang kamu berikan kepada bani Lewi itu sejauh seribu hasta dari tembok kota ke sebelah luar.

5Hendaklah kamu ukur di sebelah luar kota itu dua ribu hasta ke sebelah timur, dua ribu hasta ke sebelah selatan, dua ribu hasta ke sebelah barat, dan dua ribu hasta ke sebelah utara, sehingga kota itu berada di tengah-tengah. Itulah yang akan menjadi tanah ternakan kota-kota raya mereka.

6Hendaklah kota-kota raya yang harus kamu berikan kepada bani Lewi itu termasuk enam kota perlindungan, supaya seorang pembunuh dapat melarikan diri ke sana. Selain itu, berikanlah pula empat puluh dua buah kota raya lainnya,

7sehingga seluruh kota yang harus kamu berikan kepada orang Lewi berjumlah empat puluh lapan kota kesemuanya dan tanah ternakannya.

8Dalam hal kota-kota raya yang akan kamu berikan daripada tanah milik orang Israel itu, ambillah banyak daripada suku yang besar-besar, dan ambillah sedikit daripada suku yang kecil. Hendaklah masing-masing suku memberikan kota-kotanya kepada bani Lewi selaras dengan harta pusaka yang diwarisi mereka.”

Kota-kota perlindungan

9TUHAN berfirman kepada Musa,

10“Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Sesudah kamu menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke Tanah Kanaan,

11pilihlah beberapa kota untuk menjadi kota-kota perlindungan bagimu, supaya orang yang tanpa sengaja telah membunuh orang lain dapat lari ke sana.

12Kota-kota itu akan menjadi tempat perlindungan bagimu daripada orang yang hendak menuntut balas, supaya jangan seseorang pembunuh mati sebelum dia menghadap majlis umat untuk diadili.

13Daripada kota-kota raya yang kamu tentukan itu, enam buah kota raya akan menjadi kota perlindungan bagimu.

14Tentukanlah tiga kota raya di seberang Sungai Yordan dan tentukanlah tiga kota lagi di Tanah Kanaan untuk dijadikan kota-kota perlindungan.

15Keenam-enam kota itu akan menjadi tempat perlindungan, baik bagi orang Israel mahupun bagi pendatang dan perantau yang ada dalam kalangan kamu, supaya sesiapa pun yang telah membunuh orang tanpa sengaja dapat lari ke sana.

16Akan tetapi, jika seseorang menghentam orang lain dengan benda daripada besi hingga orang itu mati, maka dia seorang pembunuh, dan pembunuh itu pasti dihukum mati.

17Jika seseorang menghentam orang lain dengan batu di tangan hingga orang itu mati kerana batu tersebut, maka dia seorang pembunuh, dan pembunuh itu pasti dihukum mati.

18Atau jika dia menghentam orang itu dengan benda daripada kayu di tangan hingga orang itu mati kerana kayu tersebut, maka dia seorang pembunuh, dan pembunuh itu pasti dihukum mati.

19Orang yang berhak menuntut balasan darahlah yang harus menjalankan hukum bunuh ke atas pembunuh itu. Apabila dia bertemu dengannya, hendaklah dia bunuhnya.

20Jika seseorang menyerang orang lain kerana benci, atau melempar sesuatu dengan sengaja kepada orang lain hingga orang itu mati,

21atau jika seseorang menghentam orang lain dengan tangannya kerana permusuhan hingga orang itu mati, maka dia pasti dihukum mati, kerana dia seorang pembunuh. Orang yang menuntut balasan darah berhak menjalankan hukum bunuh ke atas pembunuh itu apabila dia bertemu dengannya.

22Akan tetapi, jika seseorang menolak orang lain secara tiba-tiba bukan kerana permusuhan, atau melempar sesuatu benda kepadanya tanpa sengaja,

23atau tanpa sedar menjatuhkan sebuah batu ke atas seseorang hingga orang itu mati kerana batu itu, padahal dia bukan musuhnya dan juga tidak berniat mencederakannya,

24maka hendaklah majlis umat memutuskan hukum antara pembunuh itu dengan orang yang menuntut balasan darah menurut hukum-hukum ini.

25Hendaklah umat membebaskan pembunuh itu daripada tangan orang yang menuntut balasan darah, kemudian hendaklah mereka mengembalikan dia ke kota perlindungan, tempat pelariannya. Hendaklah dia tinggal di sana sehingga kematian imam besar yang telah diurapi dengan minyak suci.

26Tetapi jika pembunuh itu keluar daripada batasan kota perlindungan tempat pelariannya,

27lalu di luar sempadan kota perlindungannya itu dia didapati oleh orang yang menuntut balasan darah dan dibunuh, maka orang ini tidak berhutang darah kepadanya,

28kerana memang pembunuh itu wajib tinggal di kota perlindungannya sampai orang yang menjadi imam besar meninggal. Sesudah imam besar meninggal, barulah dia boleh kembali ke tanah miliknya.

29Itulah ketetapan hukum bagi kamu turun-temurun di seluruh tempat kediamanmu.

30Hendaklah sesiapa yang membunuh orang lain dikenakan hukum mati ke atas keterangan saksi. Namun demikian, seorang saksi sahaja tidak cukup untuk dapat menjatuhkan hukuman mati ke atas seseorang.

31Apatah lagi, jangan terima tebusan sebagai ganti nyawa seseorang pembunuh yang patut dihukum mati, kerana hendaklah dia tetap dihukum mati.

32Jangan pula terima tebusan daripada seorang yang melarikan diri ke kota perlindungan jika maksudnya supaya dia dapat kembali tinggal di negeri itu sebelum imam besar meninggal.

33Jangan najiskan negeri tempat kediamanmu, kerana darah yang tertumpah menajiskan negeri itu. Tidak ada pendamaian yang dapat diadakan bagi negeri itu akibat darah yang tertumpah di atasnya, kecuali dengan darah orang yang menumpahkannya.

34Jangan najiskan negeri tempat tinggalmu, tempat Aku bersemayam, kerana Aku, TUHAN, bersemayam dalam kalangan orang Israel.’ ”



 <<  Bilangan 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel