Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ester 3 >> 

Komplot Haman terhadap orang Yahudi

1Beberapa waktu sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Raja Ahasyweros mengurniakan kebesaran kepada bani Agag iaitu Haman anak Hamedata. Dengan demikian, baginda meninggikannya serta menetapkan kedudukannya di atas semua pembesar baginda.

2Kesemua pegawai raja yang berada di pintu gerbang istana berlutut dan memberi hormat kepada Haman sebagaimana yang diperintahkan raja mengenai Haman. Akan tetapi, Mordekhai enggan berlutut dan memberi hormat.

3Lalu para pegawai raja yang ada di pintu gerbang istana pun berkata kepada Mordekhai, “Mengapakah kamu melanggar perintah raja?”

4Setelah mereka menegurnya hari demi hari namun dia tetap tidak mahu mengendahkan perintah itu, mereka pun menyampaikan hal itu kepada Haman. Mereka ingin melihat apakah Mordekhai akan tetap dengan pendiriannya apatah lagi dia telah memberitahu mereka bahawa dia seorang Yahudi.

5Begitu meluap-luap amarah Haman apabila dilihatnya betapa Mordekhai tidak berlutut dan memberi hormat kepadanya.

6Akan tetapi, Haman mencemuh dirinya sekiranya Mordekhai sahaja yang dibunuh. Oleh itu, setelah Haman diberitahu tentang bangsa Mordekhai, dia berikhtiar untuk memusnahkan seluruh orang Yahudi, iaitu bangsa Mordekhai, yang berada di seluruh kerajaan Ahasyweros.

7Pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, pada tahun kedua belas zaman Raja Ahasyweros, Haman menyuruh orang membuang pur, iaitu mencabut undi di hadapannya untuk menentukan hari dan bulan. Undi itu terjatuh pada bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.

8Maka berkatalah Haman kepada Raja Ahasyweros, “Ada bangsa tertentu yang terpencar dan tersebar antara pelbagai suku kaum dalam seluruh wilayah kerajaan tuanku. Mereka patuh kepada undang-undang yang berbeza daripada perundangan segala bangsa dan mereka tidak mematuhi hukum Raja. Maka tidaklah patut Raja membiarkan mereka berbuat sedemikian.

9Dengan perkenan tuanku, biarlah dikeluarkan surat perintah untuk membinasakan mereka. Hamba akan membayar sepuluh ribu talenta perak untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan Raja untuk dibayar kepada para pegawai yang menjalankan tugas yang berkenaan.”

10Maka raja mencabut cincin materai daripada tangannya lalu dikurniakannya kepada Haman anak Hamedata, bani Agag, yang bermusuhan dengan orang Yahudi itu.

11Titah raja kepada Haman, “Perak itu kuberikan kepadamu, maka kamu lakukanlah atas bangsa itu menurut cara yang kaupandang baik.”

12Maka para jurutulis diraja dipanggil pada hari ketiga belas pada bulan pertama. Sesuai seperti segala yang diperintahkan Haman, mereka pun menulis surat kepada wakil raja, kepada pembesar yang mengetuai setiap wilayah, dan kepada bangsawan setiap bangsa, setiap wilayah menurut tulisannya dan setiap bangsa menurut bahasanya. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimaterai dengan cincin materai raja.

13Surat-surat itu dikirimkan ke seluruh wilayah kerajaan melalui para utusan pantas. Isinya ialah perintah untuk memusnahkan, membunuh, dan menghapuskan semua orang Yahudi sama sekali, daripada yang muda sampai yang tua, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, dalam satu hari, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar, dan untuk merampas harta benda mereka.

14Salinan surat perintah itu dijadikan undang-undang di setiap wilayah dan diumumkan kepada segala bangsa supaya mereka bersiap-siap menjelang hari itu.

15Lalu bersegeralah para utusan pantas pergi demi melaksanakan perintah raja. Titah itu dikeluarkan di puri Susan. Maka, sementara raja dan Haman duduk minum-minum, gemparlah seluruh kota Susan.



Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.
Studi Alkitab dengan AI: Alkitab GPT.

 <<  Ester 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Single Panel Single Panel