Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 7 >> 

1Apabila Aku hendak menyembuhkan Israel, tersingkaplah ketidakadilan Efraim dan kejahatan Samaria. Mereka melakukan penipuan; pencuri masuk ke dalam, gerombolan penjahat menjarah di luar.

2Tidak terfikir dalam hati mereka bahawa Aku ingat akan segala kejahatan mereka. Sekarang mereka terkepung oleh segala perbuatan mereka sendiri, kesemuanya ada di hadapan-Ku.”

Dosa orang Israel

3Mereka menyeronokkan raja dengan kejahatan mereka, dan para pembesar dengan pembohongan mereka.

4Mereka semua penzina, seperti ketuhar yang dinyalakan oleh pembuat roti. Dia hanya berhenti membesarkan api dari permulaan adunan diuli sehingga siap diadunkan raginya.

5Pada hari perayaan raja kita, para pembesar menyusahkan diri dengan mabuk air anggur, manakala raja bersepakat dengan para pencemuh.

6Mereka datang menghadap raja dengan hati seperti ketuhar, sementara mereka menyiapkan serang hendap. Amarah pembuat roti membara sepanjang malam, lalu pada pagi hari dia membakar seperti api yang menyala-nyala.

7“Panaslah mereka semua sebagaimana ketuhar, mereka memakan habis para hakim mereka. Tumpas sudah kesemua raja mereka, tidak ada orang dalam kalangan mereka yang berseru kepada-Ku.”

8Efraim mencampurkan diri dengan bangsa-bangsa. Dia menjadi bak roti bundar yang tidak dibalikkan.

9Kekuatannya dimakan habis oleh orang asing, tetapi dia tidak menyedarinya. Ya, rambut putih bertaburan di kepalanya, tetapi dia tidak menyedarinya.

10Biarpun keangkuhan Israel menjadi saksi terhadap diri sendiri, tetapi mereka tidak kembali kepada TUHAN, Allah mereka, dan tidak juga mereka mencari hadirat-Nya walaupun berlakunya semua itu.

11“Jadilah Efraim seperti burung merpati yang betul bendul dan tidak berakal. Sebentar mereka memanggil Mesir, sebentar mereka pergi ke Asyur.

12Apabila mereka pergi, Aku akan membentangkan jaring-Ku ke atas mereka. Akan Kujatuhkan mereka seperti burung di udara. Akan Kumarahi mereka dengan keras menurut maklumat yang telah diberikan kepada perhimpunan mereka.

13Malanglah mereka, kerana mereka melarikan diri daripada Aku! Binasalah mereka, kerana mereka memberontak terhadap Aku! Aku hendak menebus mereka, tetapi mereka berkata dusta kepada-Ku.

14Mereka tidak berseru kepada-Ku dari dalam hati, melainkan meraung-raung di atas tempat tidur mereka. Mereka berkumpul untuk memohonkan gandum dan air anggur, tetapi mereka menjauh daripada Aku.

15Sungguhpun Aku telah melatih dan menguatkan mereka, mereka merancang kejahatan terhadap Aku.

16Mereka tidak berbalik kepada Yang Maha Tinggi; mereka seperti busur panah yang rosak. Para pembesar mereka akan tewas oleh pedang kerana lidah mereka yang garang. Demikianlah mereka akan dipersendakan di Tanah Mesir.”



 <<  Hosea 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel