Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 34 >> 

Dina dan Sikhem

1Maka Dina, anak gadis Lea yang dilahirkannya untuk Yakub, pergi mengunjungi para anak gadis di negeri itu.

2Apabila Sikhem anak Hamor, orang Hewi, anak raja negeri itu terlihat Dina, dia menculik lalu memperkosa gadis itu.

3Tetapi dia terpaut serta jatuh cinta kepada Dina, anak Yakub itu dan dia berusaha untuk menenteramkan hati gadis itu.

4Lalu berkatalah Sikhem kepada bapanya, Hamor, “Ambillah anak gadis itu menjadi isteriku.”

5Khabar itu kemudian terdengar oleh Yakub, bahawa Sikhem telah menodai Dina, anaknya. Tetapi pada waktu itu para anak lelakinya berada bersama-sama ternakan mereka di padang. Maka Yakub berdiam diri sehingga mereka tiba.

6Kemudian Hamor, ayah Sikhem, pergi menemui Yakub untuk berbicara dengannya.

7Sekembalinya para anak Yakub dari padang mereka mendengar khabar itu. Amat terluka hati dan sangat marah mereka kerana Sikhem berlaku amat keji terhadap warga Israel dengan meniduri anak perempuan Yakub, suatu perbuatan yang tidak patut dilakukan.

8Lalu Hamor berbicara kepada Yakub dan anak-anaknya, katanya, “Anakku Sikhem begitu asyik dan terpaut dengan anak gadismu. Kumohon semoga kamu berikan dia untuk menjadi isterinya.

9Marilah kita saling berbesan. Berikanlah gadis-gadismu kepada kami, dan ambillah gadis-gadis kami bagimu.

10Tinggallah dengan kami dan negeri ini terbuka untukmu. Tinggallah, berniagalah, dan menetaplah di sini.”

11Kemudian Sikhem berkata kepada ayah Dina dan kepada para saudaranya, “Kumohon berbaik hatilah kepadaku. Apa pun yang kamu perlu daripadaku akan kuberikan.

12Tetapkanlah kepadaku mahar dan hadiah seberapa tinggi sekalipun, dan aku akan membayar sebanyak yang kamu sebutkan. Hanya, berikanlah gadis itu kepadaku untuk menjadi isteriku.”

13Oleh sebab Sikhem telah menodai Dina, adik mereka, anak-anak Yakub menjawab Sikhem dan Hamor, ayahnya dengan penuh tipu daya.

14Kata mereka kepada kedua-dua orang itu, “Kami tidak dapat berbuat demikian kerana menyerahkan adik kami kepada lelaki yang tidak bersunat itu suatu keaiban buat kami.

15Hanya dengan syarat ini kami akan menyetujui permintaanmu jika kamu menjadi sama seperti kami iaitu setiap lelaki antara kamu harus disunatkan.

16Setelah itu, barulah kami akan memberikan gadis kami kepadamu, atau sebaliknya akan kami ambil para gadismu untuk kami dan seterusnya kami tinggal antara kamu sehingga kita menjadi satu bangsa.

17Tetapi jika kamu tidak mengendahkan syarat kami untuk disunatkan, maka kami akan membawa pergi adik kami dan pergi dari sini.”

18Permintaan mereka itu diterima dengan sukacita oleh Hamor dan Sikhem, anak Hamor.

19Tanpa menunda-nunda lagi, pemuda itu segera memenuhi syarat yang diminta kerana dia teramat suka kepada Dina, anak Yakub, apatah lagi dia warga yang paling dihormati antara seluruh kaum keluarganya.

20Maka pergilah Hamor dan Sikhem, anaknya, ke pintu gerbang kota mereka, lalu berbicara dengan para warga kota itu. Kata mereka,

21“Orang ini menunjukkan sikap bersahabat kepada kita. Biarlah mereka tinggal di negeri ini dan berniaga di sini kerana lihatlah, negeri ini masih cukup luas untuk mereka! Dengan demikian kita dapat memperisteri anak gadis mereka, dan kita juga dapat membenarkan mereka memperisteri anak gadis kita.

22Namun begitu, hanya dengan syarat ini mereka setuju untuk tinggal bersama dengan kita sehingga kita menjadi satu bangsa, iaitu jika semua lelaki antara kita disunatkan, sebagaimana mereka disunatkan.

23Bukankah kelak segala ternakan mereka, harta milik mereka, dan segala haiwan mereka akan menjadi milik kita? Kita cuma perlu menyetujui syarat mereka, sehingga mereka mahu tinggal bersama-sama kita.”

24Kesemua lelaki yang datang berkumpul di pintu gerbang kota itu menyetujui permohonan Hamor dan Sikhem, anaknya. Maka disunatkanlah semua lelaki, iaitu semua orang yang hadir di pintu gerbang kota itu.

25Pada hari ketiga, ketika warga lelaki mereka masih kesakitan, dua orang anak Yakub, iaitu Simeon dan Lewi, para abang kepada Dina, mengambil pedang masing-masing lalu memasuki kota itu dengan tenang lalu membunuh semua lelaki di situ.

26Mereka turut membunuh Hamor dan Sikhem dengan mata pedang. Mereka mengambil Dina dari rumah Sikhem lalu pergi.

27Anak-anak Yakub merampas harta benda warga yang terbunuh lalu menjarah kota itu, kerana adik mereka telah dinodai.

28Mereka mengambil kawanan ternakan serta keldai mereka, dan apa-apa sahaja yang ada di kota itu, juga apa-apa yang ada di padang.

29Mereka pun menjarah seluruh kekayaan penduduk, menawan semua perempuan serta kanak-kanak kecil dan merampas segala sesuatu yang ada di dalam rumah.

30Berkatalah Yakub kepada Simeon dan Lewi, “Kamu telah menyusahkan aku dengan membusukkan namaku dalam kalangan penduduk negeri ini, iaitu orang Kanaan dan orang Feris. Jumlah kita hanya sedikit. Jika mereka berkumpul melawan kita dan menyerang kita, maka musnahlah aku berserta seisi rumahku.”

31Tetapi jawab mereka, “Patutkah adik kami diperlakukan seperti perempuan sundal?”



 <<  Kejadian 34 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel