1Doa seorang derita apabila dia lemah dan mencurahkan kesusahannya kepada TUHAN. Dengarlah doaku, ya TUHAN; dan biarlah seruanku datang kepada-Mu.
2Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku semasa aku dalam kesusahan. Condongkan telinga-Mu kepadaku; ketika aku berseru, jawablah aku segera.
3Kerana setiap hari dalam hidupku hilang seperti asap; dan tulang-tulangku dibakar seperti di tempat berdiang.
4Hatiku sakit dan layu seperti rumput; sehingga aku terlupa makan rotiku.
5Kerana aku mengerang, tulangku melekat ke kulitku.
6Aku seperti burung hantu di gurun, seperti burung hantu di runtuhan.
7Aku tidak dapat melelapkan mata; berbaring seperti burung pipit kesepian di bumbung rumah.
8Musuhku mencelaku sepanjang hari; mereka yang mencemuhku mengangkat sumpah memfitnahku.
9Aku telah makan abu seperti roti dan minumanku bercampur air mata
10kerana kemarahan dan kemurkaan-Mu, kerana Engkau telah mengangkatku, kemudian menghumbankan aku.
11Hidupku seperti bayang-bayang memanjang; dan aku layu seperti rumput.
12Tetapi Engkau, ya TUHAN, akan kekal selama-lamanya; dan nama-Mu diingati turun-temurun zaman-berzaman.
13Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion, kerana saat untuk meredainya; ya, saat yang ditentukan, telah tiba.
14Kerana hamba-hamba-Mu menghargai batu-batunya; dan berasa kasihan akan debunya.
15Maka bangsa-bangsa akan takut kepada nama TUHAN, dan raja-raja dunia gentar akan kemuliaan-Mu.
16TUHAN akan membina Sion Dia akan menampakkan diri dalam kemuliaan-Nya.
17Dia akan menimbangkan doa orang papa; dan tidak akan menghina permohonan mereka.
18Ini akan disuratkan untuk keturunan akan datang, supaya umat yang belum lahir akan memuji TUHAN:
19“Dia memandang ke bawah dari tempat suci-Nya, dari syurga TUHAN memerhatikan bumi,
20untuk mendengar rintihan orang yang dipenjarakan, untuk membebaskan mereka yang dihukum mati.”
21Untuk mengisytiharkan nama TUHAN di Sion dan pujian untuk-Nya di Yerusalem
22apabila umat-umat berhimpun dan kerajaan-kerajaan berhimpun untuk beribadat kepada TUHAN.
23Dia melemahkan kekuatanku dalam hidup; Dia memendekkan umurku.
24Aku berkata: “Ya Allahku, janganlah ambil aku pada separuh umurku; masa-Mu meliputi semua keturunan.
25Pada mulanya, Engkau meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu.
26Bumi dan langit akan binasa, tetapi Engkau kekal; ya, segalanya akan menjadi usang seperti pakaian. Seperti jubah Engkau akan menggulungnya, seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah.
27Tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan.
28Anak hamba-hamba-Mu akan berterusan; dan anak cucu mereka akan berdiri di hadirat-Mu.”
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan