1Nyanyian ziarah Salomo. Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.
2Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan – kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.
3Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.
4Seperti anak-anak panah di tangan perwira, demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.
5Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian. Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan