Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 142 >> 

1Nyanyian pengajaran Daud, ketika dia berada di gua. Suatu doa. Aku berseru kepada TUHAN dengan suaraku; kepada TUHAN aku membuat permohonanku.

2Aku mencurahkan aduanku di hadirat-Nya; aku mengisytiharkan di hadirat-Nya kesusahanku.

3Apabila rohku tertekan di dalamku, ketika itu Engkau tahu jalanku. Di jalan tempat aku melangkah, senyap-senyap mereka memasang jerat untukku.

4Pandanglah ke sebelah kananku dan lihatlah; tiada sesiapa pun yang mengiktirafku. Penaungku tidak menolongku; tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang jiwaku.

5Aku telah berseru kepada-Mu, ya TUHAN; aku berkata, “Engkaulah penaungku, yang ada padaku di alam orang hidup.”

6Dengarlah seruanku, kerana aku ditindas jauh ke bawah; lepaskanlah aku daripada penganiayaku, kerana mereka terlalu kuat bagiku.

7Keluarkanlah jiwaku daripada penjara, supaya aku dapat memuji nama-Mu. Orang yang benar akan mengelilingiku kerana Engkau akan melimpahkan kebaikan-Mu kepadaku.



 <<  Mazmur 142 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel