1Untuk pemimpin muzik. Untuk Yedutun. Mazmur Daud. Aku telah berkata, “Aku akan menjaga langkahku takut nanti aku berdosa dengan lidahku; Aku akan mengekang mulutku ketika orang zalim di hadapanku.”
2Aku senyap membisu, kebaikan pun tidak kututurkan, lalu kesedihanku berkecamuk.
3Hatiku panas, ketika aku bermenung, apinya menyala; lalu lidahku berkata:
4“Ya TUHAN, tunjukkanlah aku bila ajalku dan berapa lama aku akan hidup; supaya aku tahu betapa fananya aku.
5Sememangnya Engkau telah membuat hidupku begitu singkat; dan usiaku bagaikan tiada bagi-Mu. Sebenarnya manusia dalam keadaan terbaik pun hanyalah sehembus nafas. Sela
6Sesungguhnya, setiap manusia melangkah seperti bayang-bayang: Sesungguhnya, dia sibuk dengan sia-sia; dia menimbun harta, dan tidak tahu siapa mendapatnya nanti.
7Sekarang, ya Tuhan, apa yang kunantikan? Harapanku tertumpu kepada-Mu.
8Bebaskanlah aku daripada segala dosaku; jangan biarkan aku diejek oleh orang bodoh.
9Aku membisu; aku tidak membuka mulutku, kerana Engkau yang melakukannya.
10Sembuhkanlah penyakit yang Kautimpakan kepadaku; aku binasa di bawah hukuman-Mu.
11Apabila Engkau memurkai dan menghukum manusia kerana dosa mereka; Engkau membuat kehebatannya lenyap seperti terbangnya rama-rama – sesungguhnya setiap manusia itu hanya sehembus nafas. Sela
12“Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah rayuanku; jangan berdiam diri melihat air mataku. Kerana aku orang asing bagi-Mu, menumpang untuk sementara, seperti nenek moyangku.
13Alihkan renungan tajam-Mu daripadaku, supaya tenagaku pulih sebelum aku pergi dan tiada lagi.”
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan