Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 42 >> 

Jilid II: 42 – 72

1Untuk pemimpin muzik. Renungan puak Korah. Seperti rusa merindui air sungai, demikianlah jiwaku merindui-Mu, ya Allah.

2Jiwaku dahaga akan Allah, Allah yang hidup. Bilakah aku akan datang ke hadirat Allah?

3Air mataku menjadi makananku siang malam, manakala mereka terus-menerus berkata kepadaku, “Di manakah Allahmu?”

4Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.

5Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa engkau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku.

6Ya Allahku, jiwaku nestapa dalam diriku; maka aku akan ingat kepada-Mu dari tanah Yordan, dan puncak Gunung Hermon – serta dari Bukit Mizar.

7Jiwaku bagai dipanggil-panggil ketika mendengar deru air terjun-Mu; segala ombak dan gelombang-Mu telah menenggelamkan aku.

8TUHAN akan melimpahkan kasih-Nya pada siang hari, dan pada waktu malam nyanyian-Nya akan menemaniku – doa kepada Allah hidupku.

9Aku akan berkata kepada Allah Batu Pejalku, “Mengapa Engkau melupakan aku? Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuh?”

10Seperti mematahkan tulang-tulangku, musuhku mengejekku, dengan berkata kepadaku sepanjang hari, “Di manakah Allahmu?”

11Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.



 <<  Mazmur 42 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel