Takhta-Mu kekal selama-lamanya
1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Bunga Bakung.” Renungan puak Korah. Lagu kasih. Hatiku melimpah dengan tema yang indah, aku menyanyikan ciptaanku tentang Raja; lidahku seperti pena pujangga.
2Engkau lebih hebat daripada anak-anak manusia; kasih kurnia tercurah di bibir-Mu, maka Allah memberkati-Mu selama-lamanya.
3Ikatkan pedang-Mu di pinggang, wahai Raja yang perkasa; dengan kemuliaan dan kedaulatan-Mu.
4Dan dalam kedaulatan-Mu tujulah kemenangan bagi kebenaran, kerendahan hati dan keadilan; maka tangan kanan-Mu akan mengajar-Mu pelbagai perkara yang menakjubkan.
5Anak-anak panah-Mu tajam menikam jantung musuh Raja; bangsa-bangsa rebah ke bawah kaki-Mu.
6Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; tongkat keadilan adalah tongkat kerajaan-Mu.
7Engkau mencintai perbenaran dan membenci kejahatan; oleh itu Allah, Allah TUHAN-Mu, telah mengurapi-Mu dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu.
8Seluruh pakaian diharumi damar wangi, gaharu dan cendana dari istana-istana gading yang menggirangkan hati-Mu.
9Puteri raja-raja antara perempuan terhormat di keliling-Mu; di sebelah tangan kanan-Mu berdiri permaisuri berhias emas dari Ofir.
10Dengarlah, wahai anak perempuan, pasang telingamu baik-baik dan timbangkan kata-kataku: Lupakan bangsamu dan rumah ayahandamu.
11Kecantikanmu memikat hati Raja; hormati Dia kerana Dia Tuanmu,
12Puteri Tirus akan datang membawa hadiah, orang kaya akan cuba mengambil hati-Mu.
13Puteri penuh kemuliaan di istana; pakaiannya ditenun dengan benang emas.
14Dia akan dibawa menghadap Raja dengan pakaian aneka warna; anak-anak dara yang mengiringnya akan menghadap-Mu.
15Dengan gembira dan sorakan ria mereka akan dibawa; mereka akan masuk ke istana Raja.
16Anak-anak-Mu akan menggantikan nenek moyang-Mu; Engkau akan merajakan mereka di serata bumi.
17Dengan nyanyianku ini nama-Mu akan diingati turun-temurun; maka bangsa-bangsa akan memuji-Mu selama-lamanya.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan