Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 61 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Mazmur Daud. Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku.

2Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.

3Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.

4Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela

5Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu.

6Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun.

7Dia akan berada di hadirat Allah selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya.

8Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari. Sela



 <<  Mazmur 61 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel