1Untuk pemimpin muzik. Menurut Yedutun. Mazmur Daud. Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku.
2Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan.
3Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan – seperti dinding yang miring dan pagar yang hampir rebah.
4Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta. Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati. Sela
5Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya.
6Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat.
7Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah.
8Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku; curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Allah Pelindung kita. Sela
9Sesungguhnya, manusia baik rendah mahupun tinggi kedudukannya, hanyalah nafas dan bayangan maya; jika mereka ditimbang dengan neraca; semuanya lebih ringan daripada nafas.
10Jangan letakkan kepercayaan kepada penindasan, usah berharap sia-sia kepada hasil rompakan; walaupun kekayaanmu bertambah, jangan bergantung kepadanya.
11Allah telah berfirman beberapa kali, dan aku telah mendengar: bahawa kuasa hanya milik Allah,
12kasih juga milik-Mu, ya Tuhan. Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan