1Untuk pemimpin muzik. Mazmur rayuan Daud. Segeralah, ya Allah, selamatkan aku; Ya TUHAN, segeralah tolong aku.
2Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku; biar mereka berundur dan menanggung aib, mereka yang hendak memusnahkan aku.
3Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!”
4Biar semua yang mencari-Mu bergembira dan bersukacita kerana-Mu; dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa, “Allah Maha Tinggi!”
5Aku miskin dan sesak; segeralah datang, ya Allah. Engkaulah penolong dan penyelamatku; janganlah berlengah-lengah, ya TUHAN.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan