Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 75 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Jangan Musnahkan.” Mazmur Asaf. Sebuah nyanyian. Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah, kami mengucap syukur, kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan; mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.

2Engkau berkata, “Apabila Aku memilih masa yang wajar; Aku akan menghakimi dengan adil.

3Bumi dan semua penghuninya dilarutkan, aku memacakkan tiang-tiang cukup teguh. Sela

4Aku telah berfirman kepada orang yang angkuh, ‘Janganlah melakukan sesuatu dengan cakap besar,’ dan kepada orang zalim, ‘Janganlah mengangkat tanduk.

5Janganlah mengangkat tandukmu tinggi-tinggi; janganlah bercakap dengan bertegang urat leher.’ ”

6Kerana peninggian tidak datang dari timur atau dari barat ataupun dari selatan.

7Tetapi Allah yang menjadi hakim: Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.

8Kerana di tangan TUHAN ada cawan dan air anggur-Nya merah; sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya, sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.

9Tetapi aku akan mengisytiharkannya untuk selama-lamanya; aku akan menyanyikan pujian kepada Allah Yakub.

10Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya, tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.



 <<  Mazmur 75 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel