1Mazmur Asaf. Ya Allah, bangsa-bangsa telah merampas warisan pusaka-Mu; Bait Suci-Mu telah dicemari oleh mereka, mereka telah meruntuhkan Yerusalem.
2Mayat hamba-hamba-Mu telah diberi mereka sebagai makanan burung angkasa, tubuh umat-Mu yang warak dijadikan habuan binatang di bumi.
3Darah mereka telah ditumpahkan seperti air sekitar Yerusalem, dan tiada siapa yang mengebumikan mereka.
4Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran, sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami.
5Berapa lama, ya TUHAN? Akan murkakah Engkau selama-lamanya? Akan terus menyalakah rasa cemburu-Mu seperti api?
6Curahkanlah kemarahan-Mu ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu, dan kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu;
7kerana mereka telah menelan Yakub dan meranapkan tempat kediamannya.
8Janganlah ingat akan dosa kami yang silam; segeralah limpahkan belas kasihan-Mu ke atas kami, kerana kami telah dijatuhkan sama sekali.
9Tolonglah kami, ya Allah Penyelamat kami, demi kemuliaan nama-Mu; lepaskan kami serta berilah kami peluang menebus dosa kami demi nama-Mu.
10Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, “Di mana Allah TUHAN mereka?” Biarlah bangsa-bangsa sekeliling kami mengetahui pembelaan darah hamba-hamba-Mu yang telah ditumpahkan.
11Biarkan rintihan orang tawanan sampai ke hadirat-Mu; dengan kebesaran kuasa-Mu peliharalah mereka yang dihukum mati.
12Dan balaskan tujuh kali ganda kepada bangsa-bangsa jiran kami yang telah mencela-Mu, ya Tuhan,
13Oleh itu, kami, umat-Mu dan kawanan domba-Mu, akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya; kami akan memuji-Mu turun-temurun.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan