Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 88 >> 

1Sebuah Nyanyian. Mazmur suku Korah. Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu Mahalat Leanor. Renungan Heman, orang Ezrahi. Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkanku, aku telah berseru siang malam di hadapan-Mu.

2Biarlah doaku datang ke hadirat-Mu; condongkan telinga-Mu kepada seruanku.

3Kerana jiwaku dipenuhi kesusahan dan hidupku semakin hampir ke kubur.

4Aku dikira serupa dengan mereka yang masuk ke kubur; aku seperti orang yang tidak bermaya.

5Hanyut di antara orang mati, seperti orang terbunuh yang terbaring di dalam kubur, yang tidak Kauingati lagi, dan telah tersingkir daripada tangan-Mu.

6Engkau telah meletakkan aku di kubur paling dalam, dalam kegelapan, jauh di dalam.

7Kemurkaan-Mu berat menekanku; dan Engkau telah menimpakan segala azab-Mu seperti ombak ke atasku. Sela

8Engkau telah menjauhkan semua kenalanku daripadaku Engkau telah menjadikan aku jijik di mata mereka. Aku terkurung, tidak dapat keluar;

9mataku semakin pudar kerana kesakitan derita yang kutanggung. Ya TUHAN, aku telah berseru kepada-Mu setiap hari; aku telah menghulurkan tanganku kepada-Mu.

10Akan Kaubuatkah mukjizat untuk orang mati? Akan bangkitkah orang mati lalu memuji-Mu? Sela

11Akan disebutkah kasih-Mu di kubur, atau kesetiaan-Mu di tempat Kemusnahan?

12Akan dikenalkah mukjizat-Mu dalam kegelapan, dan perbenaran-Mu di alam kelupaan?

13Tetapi kepada-Mu aku telah berseru, ya TUHAN; dan pada waktu pagi doaku datang ke hadirat-Mu.

14Ya TUHAN, mengapa Kausingkirkan jiwaku, mengapa Kausembunyikan wajah-Mu daripadaku?

15Aku telah ditimpa azab dan hampir mati sejak usia mudaku; aku menderita ketakutan kerana-Mu, aku resah gelisah.

16Kemurkaan-Mu yang dahsyat menimpaku; ketakutan kepada-Mu membinasakanku.

17Segalanya mengepungku sepanjang hari seperti air; segalanya menenggelamkan aku.

18Orang tersayang dan sahabat telah Kaujauhkan daripadaku; dan kenalanku dalam kegelapan.



 <<  Mazmur 88 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel