Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 96 >> 

1Nyanyikanlah untuk TUHAN lagu baru; nyanyikanlah untuk TUHAN, seluruh bumi.

2Nyanyilah untuk TUHAN, berkatilah nama-Nya; isytiharkan berita baik penyelamatan-Nya dari hari ke hari.

3Isytiharkan kemuliaan-Nya dalam kalangan bangsa, mukjizat-Nya di antara semua umat-Nya.

4Kerana TUHAN Maha Besar dan besar puji untuk-Nya; Dia harus ditakuti di atas semua tuhan.

5Kerana semua tuhan bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi TUHAN telah menjadikan langit.

6Kehormatan dan keagungan ada di hadirat-Nya; kekuatan dan keindahan di dalam tempat suci-Nya.

7Berilah TUHAN, hai keluarga bangsa-bangsa, berilah TUHAN puji tentang kemuliaan dan kekuatan.

8Berilah TUHAN kemuliaan yang wajar bagi nama-Nya; bawalah persembahan, dan datanglah ke pekarangan-Nya.

9Sembahlah TUHAN dalam keindahan kesucian; gementarlah di hadirat-Nya, wahai seluruh bumi.

10Katakanlah dalam kalangan bangsa-bangsa, “TUHAN bertakhta memerintah.” Dunia tidak diganjak; Dia akan mengadili kaum-kaum dengan benar.

11Biarlah langit bergembira, dan biarlah bumi bersukacita; biarlah laut menderu, dan segala dalamnya;

12biarlah padang berbahagia, dan semua dalamnya. Kemudian semua pokok hutan akan bergembira

13di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.



 <<  Mazmur 96 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel