Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Nehemia 12 >> 

Kepulangan imam dan bani Lewi

1Inilah para imam dan bani Lewi yang pulang bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel serta Yesua: Seraya, Yeremia, Ezra,

2Amarya, Malukh, Hatus,

3Sekhanya, Rehum, Meremot,

4Ido, Ginetoi, Abia,

5Miyamin, Maaja, Bilga,

6Semaya, Yoyarib, Yedaya,

7Salu, Amok, Hilkia, dan Yedaya; mereka itu para ketua imam berserta para saudara mereka pada zaman Yesua.

8Bani Lewi ialah: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya. Matanya memimpin pengucapan syukur bersama saudara-saudara mereka,

9sementara Bakbukya dan Uni, saudara-saudara mereka, berdiri berhadapan dengan mereka menurut kelompok tugas.

10Yesua mempunyai anak, iaitu Yoyakim, kemudian turun-temurunnya ialah Elyasib, Yoyada,

11Yonatan, Yadua.

12Pada zaman Yoyakim, yang menjadi imam ialah para ketua kaum keluarga ini: Meraya, daripada kaum keluarga Seraya; Hananya, daripada kaum keluarga Yeremia;

13Mesulam, daripada kaum keluarga Ezra; Yohanan, daripada kaum keluarga Amarya;

14Yonatan, daripada kaum keluarga Melikhu; Yusuf, daripada kaum keluarga Sebanya;

15Adna, daripada kaum keluarga Harim; Helkai, daripada kaum keluarga Merayot;

16Zakharia, daripada kaum keluarga Ido; Mesulam, daripada kaum keluarga Gineton;

17Zikhri, daripada kaum keluarga Abia; Piltai, daripada kaum keluarga Minyamin dan Moaja;

18Samua, daripada kaum keluarga Bilga; Yonatan, daripada kaum keluarga Semaya;

19Matnai, daripada kaum keluarga Yoyarib; Uzi, daripada kaum keluarga Yedaya;

20Kalai, daripada kaum keluarga Salai; Eber, daripada kaum keluarga Amok;

21Hasabya, daripada kaum keluarga Hilkia; dan Netaneel, daripada kaum keluarga Yedaya.

22Mengenai bani Lewi, para ketua kaum keluarga mereka dicatat pada zaman Elyasib, Yoyada, Yohanan, dan Yadua, begitu juga para imam pada masa pemerintahan Darius, raja Parsi itu.

23Para ketua kaum keluarga bani Lewi dicatat dalam kitab hikayat sampai zaman Yohanan anak Elyasib.

24Para ketua bani Lewi ialah Hasabya, Serebya, Yesua anak Kadmiel, dan saudara-saudara mereka yang berdiri berhadapan dengan mereka untuk memuji dan mengucap syukur menurut perintah Daud, hamba Allah itu, dengan satu angkatan selaras dengan angkatan satu lagi.

25Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub ialah para penjaga pintu gerbang yang mengadakan penjagaan di gudang-gudang kelengkapan pada pintu-pintu gerbang.

26Mereka semua berkhidmat pada zaman Yoyakim anak Yesua anak Yozadak dan pada zaman pembesar Nehemia serta Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu.

Perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem

27Pada waktu perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem, bani Lewi dicari dari segala tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem untuk mengadakan perasmian dan pentahbisan yang meriah dengan ucapan syukur dan dengan nyanyian diiringi ceracap, gambus, serta kecapi.

28Para penyanyi berkumpul dari lembah di sekitar Yerusalem, dari desa-desa orang Netofa,

29dari Bet-Gilgal, dari padang Geba dan Azmawet. Para penyanyi itu memang telah membina perkampungan mereka di sekitar Yerusalem.

30Para imam dan bani Lewi menyucikan diri, lalu menyucikan rakyat, pintu-pintu gerbang, dan juga tembok itu.

31Kemudian aku menyuruh para pemimpin Yehuda naik ke atas tembok. Aku juga membentuk dua kumpulan penyanyi yang besar untuk menyanyikan puji syukur. Kumpulan yang satu berarak ke kanan di atas tembok, ke arah Pintu Gerbang Sampah.

32Di belakang mereka berjalanlah Hosaya dan sebahagian daripada pemimpin orang Yehuda;

33Azarya, Ezra, Mesulam,

34Yehuda, Benyamin, Semaya, Yeremia;

35beberapa orang imam yang memegang nafiri; Zakharia anak Yonatan anak Semaya anak Matanya anak Mikha anak Zakur anak Asaf

36dan saudara-saudaranya, iaitu Semaya, Azareel, Milalai, Gilalai, Maai, Netaneel, Yehuda, dan Hanani, lengkap dengan alat-alat muzik Daud, hamba Allah itu. Sementara itu, Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berjalan di depan mereka.

37Di Pintu Gerbang Air Pancut mereka maju terus lalu menaiki tangga Kota Daud di tanjakan tembok, melalui bahagian atas istana Daud ke arah Pintu Gerbang Air di sebelah timur.

38Kumpulan penyanyi kedua pula berarak ke kiri. Aku bersama-sama sebahagian daripada umat berjalan mengikuti mereka di atas tembok, melalui bahagian atas Menara Ketuhar ke arah Tembok Lebar,

39juga bahagian atas Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Lama, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel dan Menara Mea, ke arah Pintu Gerbang Domba. Di Pintu Gerbang Pengawalan mereka berhenti.

40Kemudian kedua-dua kumpulan penyanyi yang mengucap syukur itu berdiri di dalam Rumah Allah, begitu juga aku, sebahagian daripada pegawai yang menyertaiku,

41para imam berserta nafiri, iaitu Elyakim, Maaseya, Minyamin, Mikha, Elyoenai, Zakharia, dan Hananya,

42serta Maaseya, Semaya, Eleazar, Uzi, Yohanan, Malkia, Elam, dan Ezer. Para penyanyi itu mengumandangkan nyanyian di bawah pimpinan Yizrahya.

43Pada hari itu mereka mempersembahkan korban yang hebat-hebat. Mereka bersuka ria kerana Allah telah mengurniakan kepada mereka sukacita yang besar. Kaum perempuan dan anak-anak pun bersuka ria sehingga keriangan di Yerusalem itu terdengar sampai jauh.

Perkhidmatan di Bait Suci

44Pada hari itu beberapa orang diangkat untuk mengawasi bilik-bilik perbendaharaan, tempat menyimpan persembahan khusus, hasil pertama, dan persembahan sepersepuluh. Maksudnya ialah supaya sumbangan yang menurut hukum Taurat menjadi bahagian para imam dan bani Lewi dapat dikumpulkan dalam bilik-bilik itu dari ladang-ladang di setiap kota. Orang Yehuda memang bersukacita kerana para imam dan bani Lewi yang bertugas itu.

45Mereka berpegang teguh pada kewajipan terhadap Allah mereka dan tugas penyucian, demikian juga para penyanyi dan para penjaga pintu gerbang, menurut perintah Daud dan Salomo, anaknya.

46Pada zaman Daud dan Asaf dahulu sudah ada pemimpin para penyanyi, juga nyanyian pujian dan ucapan syukur kepada Allah.

47Pada zaman Zerubabel dan zaman Nehemia semua orang Israel memberikan sumbangan kepada para penyanyi dan penjaga pintu gerbang menurut keperluan tiap-tiap hari para penyanyi itu. Mereka memberikan persembahan suci kepada bani Lewi, dan bani Lewi mengasingkan sebahagian daripada persembahan suci itu untuk diberikan kepada bani Harun.



 <<  Nehemia 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel