Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ulangan 14 >> 

Antara yang suci dan yang duniawi

1Kamu anak-anak bagi TUHAN, Allahmu maka janganlah menoreh tubuhmu atau menggondolkan rambut di atas dahimu kerana kematian seseorang.

2Engkau umat yang suci bagi TUHAN, Allahmu, dan engkau telah dipilih TUHAN untuk menjadi umat kesayangan-Nya daripada segala bangsa yang ada di bumi.

3Jangan makan sesuatu yang keji lagi terlarang.

4Inilah haiwan yang boleh kamu makan: lembu, domba, kambing,

5rusa, kijang, pelanduk, kambing hutan, kijang gunung, antelop, dan domba gunung.

6Semua haiwan antara kawanan ternakan yang terbelah kuku kakinya, iaitu yang kukunya terbahagi dua sama sekali, dan yang mengunyah bahan mamahan, boleh kamu makan.

7Namun begitu, haiwan-haiwan yang hanya mengunyah bahan mamahan atau hanya terbelah kuku kakinya jangan kamu makan. Unta, arnab, dan landak jangan kamu makan, kerana semua haiwan itu memang mengunyah bahan mamahan tetapi tidak terbelah kuku kakinya. Jadi, semua itu haram bagimu.

8Demikian pula babi, kerana haiwan ini memang terbelah kuku kakinya tetapi tidak mengunyah bahan mamahan. Jadi, haiwan itu haram bagimu. Jangan kamu makan daging haiwan-haiwan itu, dan jangan juga kamu sentuh bangkainya.

9Inilah yang boleh kamu makan daripada segala yang hidup di dalam air: segala yang bersirip dan bersisik.

10Segala yang tidak bersirip dan tidak bersisik jangan kamu makan. Haiwan itu haram bagimu.

11Segala burung yang halal boleh kamu makan.

12Inilah yang tidak boleh kamu makan: burung rajawali, burung hering berjanggut, burung hering hitam,

13burung lang, pelbagai jenis burung reng,

14segala jenis burung gagak,

15burung unta, jampuk, camar, pelbagai jenis burung helang,

16burung pungguk, burung hantu besar, burung hantu putih,

17burung undan, burung lang hitam, burung dendang air,

18burung ranggung, jenis-jenis burung bangau, burung hudhud, dan kelawar.

19Semua serangga bersayap adalah haram bagimu, tidak boleh dimakan.

20Segala haiwan bersayap yang halal boleh kamu makan.

21Jangan engkau makan bangkai apa-apa pun, kerana engkau umat yang suci bagi TUHAN, Allahmu. Namun demikian, engkau boleh memberikannya kepada pendatang yang ada di kotamu untuk dimakan olehnya, atau menjualnya kepada bangsa asing. Jangan rebus anak kambing di dalam air susu induknya.

Persembahan sepersepuluh

22Hendaklah kamu mempersembahkan sepersepuluh daripada segala hasil benih yang tumbuh di ladangmu, tahun demi tahun.

23Makanlah persembahan sepersepuluh daripada gandummu, anggurmu, minyakmu, dan anak-anak sulung daripada kawanan lembumu atau kawanan dombamu di hadapan TUHAN, Allahmu, iaitu di tempat yang akan dipilih-Nya sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya. Dengan demikian engkau belajar untuk sentiasa bertakwa kepada TUHAN, Allahmu.

24Akan tetapi, jika perjalanannya terlalu jauh bagimu kerana tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk menegakkan nama-Nya itu terlalu jauh daripadamu, padahal TUHAN, Allahmu, telah memberkati kamu sedemikian sehingga kamu tidak dapat mengangkut persembahan sepersepuluh kamu,

25maka hendaklah engkau menukarnya dengan wang. Bungkuslah wang itu dan bawalah ke tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu.

26Belanjakanlah wang itu untuk sesuatu yang disukai hatimu – lembu, domba, atau air anggur, atau minuman hasil petapaian, atau apa-apa pun yang diinginkan hatimu – lalu engkau bersama dengan keluargamu harus makan dan bersuka ria di sana, di hadapan TUHAN, Allahmu.

27Jangan abaikan bani Lewi yang ada di kotamu, kerana mereka tidak mendapat bahagian atau harta pusaka seperti halnya kamu.

28Pada akhir setiap tiga tahun, keluarkanlah segala persembahan sepersepuluh dari hasil usaha kamu dalam tahun itu dan tempatkanlah di kotamu,

29supaya orang Lewi, yang tidak mendapat bahagian atau harta pusaka seperti kamu, demikian pula para pendatang, anak yatim, dan balu yang ada di kotamu dapat datang dan makan sampai kenyang. Dengan demikian TUHAN, Allahmu, akan memberkati segala pekerjaan yang dilakukan tanganmu.



 <<  Ulangan 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel