Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 15 >> 

Yerusalem, pokok anggur yang tidak berguna

1Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

2‘Wahai anak manusia, apakah kelebihan pokok anggur berbanding dengan segala pokok bercabang yang ada antara pokok hutan?

3Masakan kayunya diambil untuk membuat sesuatu? Masakan orang membuat pasak daripadanya untuk menggantungkan barang padanya?

4Sesungguhnya, kayu itu dicampakkan ke dalam api untuk dibakar. Kedua-dua hujungnya dimakan api dan bahagian tengahnya hangus. Masakan ia berguna untuk sesuatu?

5Lihatlah, ketika masih utuh pun kayu itu tidak dapat digunakan untuk sesuatu. Apa lagi setelah dimakan api dan hangus! Masakan kayu itu masih dapat digunakan untuk sesuatu?

6Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, “Seperti kayu pokok anggur di antara segala pokok di hutan, yang Kuserahkan ke dalam api untuk dibakar, demikianlah Aku akan menyerahkan penduduk Yerusalem.

7Aku akan memusuhi mereka. Walaupun mereka terlepas daripada api, mereka tetap ditelan api itu. Maka pada waktu Aku memusuhi mereka, kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

8Aku akan membuat negeri itu menjadi sunyi sepi, kerana mereka telah berbuat mungkar, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’



 <<  Yehezkiel 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel