Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 14 >> 

Ejekan tentang raja Babel

1Sesungguhnya, TUHAN akan menyayangi Yakub dan akan memilih Israel lagi, lalu menempatkan mereka di tanah mereka. Para pendatang akan bergabung dengan mereka dan menyatukan diri dengan keturunan kaum Yakub.

2Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.

3Pada waktu TUHAN mengurniakan kepadamu kelegaan daripada kesusahan, keresahan, dan kerja berat yang dipaksakan ke atasmu,

4maka engkau akan mengucapkan ibarat ini mengenai raja Babel dan berkata, “Betapa si penindas berakhir! Keganasannya sudah berakhir!

5TUHAN telah mematahkan tongkat orang fasiq, iaitu tongkat kerajaan para penguasa,

6yang memukul bangsa-bangsa dalam kegeraman dengan pukulan yang tidak terputus, yang memerintah bangsa-bangsa dalam kemurkaan dengan seksaan yang tiada henti-hentinya.

7Seluruh bumi tenteram dan sentosa, semuanya bergembira dengan sorak-sorai.

8Bahkan pokok-pokok sanubar dan pokok-pokok araz di Lebanon bergembira kerana engkau, kata mereka, ‘Sejak engkau terbujur kaku, tidak ada lagi yang naik ke mari untuk menebang kami.’

9Alam kubur di bawah bergetar untuk menyambut kedatanganmu. Dibangunkannya para arwah bagimu, iaitu semua bekas pemimpin di bumi. Semua mantan raja bangsa-bangsa dibangkitkannya dari takhta mereka.

10Mereka semua akan berbicara dan berkata kepadamu, ‘Engkau juga sudah menjadi lemah seperti kami! Engkau sudah menjadi seperti kami!’

11Kemegahanmu sudah diturunkan ke alam kubur dengan bunyi gambusmu. Dengan berenga terhampar di bawahmu dan ulat-ulat menjadi selimutmu.

12Betapa engkau jatuh dari langit, wahai Bintang Timur, anak fajar! Engkau ditumbangkan ke bumi, wahai penakluk bangsa-bangsa!

13Engkau tadinya berkata dalam hatimu, ‘Aku hendak naik ke langit. Aku hendak meninggikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku hendak duduk di gunung pertemuan, di hujung sebelah utara.

14Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan. Aku hendak menyamai Yang Maha Tinggi!’

15Tetapi engkau malah diturunkan ke alam kubur, ke hujung liang kubur.

16Orang yang melihat engkau akan mengamat-amati dan memperhatikan engkau, lalu berkata, ‘Inikah dia yang membuat bumi gementar, yang menggoncangkan kerajaan-kerajaan,

17yang menjadikan dunia seperti gurun dan meruntuhkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan para tahanannya pulang ke rumah?

18Semua mantan raja bangsa-bangsa terbaring dalam kemuliaan di permakaman masing-masing,

19tetapi engkau terbuang dari kuburmu, seperti cabang yang dipandang keji. Engkau berselubungkan kalangan yang terbunuh yang ditikam pedang, yang turun ke tempat batu-batu liang kubur seperti bangkai yang terinjak-injak.

20Engkau tidak akan disatukan dengan mereka di dalam kubur, kerana engkau telah memusnahkan negerimu dan membunuh rakyatmu. Keturunan orang yang berbuat jahat tidak akan disebut-sebut untuk selama-lamanya.

21Siapkanlah tempat pembantaian bagi anak-anak mereka kerana kesalahan nenek moyang mereka. Mereka tidak boleh bangkit menduduki dunia dan memenuhi permukaan bumi dengan kota-kota.”

22“Aku akan melawan mereka,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Aku akan melenyapkan Babel, baik namanya, saki-bakinya, mahupun anak dan cucu-cicitnya,” demikianlah firman TUHAN.

23“Aku akan membuatnya menjadi milik landak dan menjadi paya-paya berair. Aku akan menyapunya dengan penyapu pemusnahan,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.

Pernyataan ilahi tentang Asyur

24TUHAN alam semesta, telah bersumpah, firman-Nya, “Sesungguhnya, seperti yang Kurancangkan, demikianlah akan terlaksana, dan seperti yang Kurancangkan, demikianlah akan terlaksana.

25Aku akan menghancurkan orang Asyur di tanah-Ku, dan menginjak-injak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Kuk akan dibuang daripada umat-Ku dan beban akan disingkirkan daripada bahu mereka.

26Inilah rancangan yang telah ditetapkan untuk seluruh bumi dan inilah tangan yang terhulur menentang segala bangsa.

27Apabila TUHAN alam semesta, sudah menetapkan, siapa dapat membatalkan? Tangan-Nya sudah terhulur, siapa dapat mengembalikannya lagi?”

Pernyataan ilahi tentang Filistea

28Pada tahun mangkatnya Raja Ahas, datanglah pernyataan ilahi ini:

29wahai seluruh Filistea, jangan gembira kerana rotan orang yang memukul engkau sudah patah, sebab daripada akar ular itu akan muncul ular berbisa dan buahnya akan menjadi ular naga terbang.

30Yang termiskin di antara fakir miskin akan mendapat makanan dan orang sesak berbaring dengan aman, tetapi Aku akan mematikan akarmu dengan kelaparan, saki-baki orangmu akan dibunuh.

31Meraung-raunglah, wahai pintu gerbang! Menjeritlah, wahai kota! Cemaslah, wahai seluruh Filistea! Kerana asap tiba dari utara, dan tidak ada yang mengundurkan diri daripada pasukan itu.

32Jawapan apakah yang akan diberikan kepada para utusan bangsa itu? “TUHAN telah mengasaskan Sion dan kalangan yang tertindas antara umat-Nya akan berlindung di dalamnya.”



 <<  Yesaya 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel