Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 11 >> 

1ALKESAH maka kudungaranlah kapada sagala rasul dan saudara yang ada ditanah Yahuda, bahwa orang susat itu tulah munurima purkataan Allah.

2Maka apabila Petros itu tulah sampie kaJerusalem, lalu burbantah bantahlah sagala orang yang tulah bursunat itu kapadanya,

3Katanya, Bahwa angkau tulah masok kudalam rumah orang kulop, surta makan bursama sama dungan dia,

4Maka Petros munchurtrakanlah sagala hal awalnya deripada purmulaannya, surta munyatakan dia burturut turut pada marika itu, katanya,

5Bahwa skali purstua aku dinugri Joppa tungah muminta doa: maka aku mulihat dalam pengsanku suatu punglihatan, Iya itu suatu bundah sapurti suatu slimut yang busar, turun turhulur deri dalam langit turpanjut pada ampat punchanya; maka datanglah iya dukat padaku;

6Maka apabila aku runung akan dia, burfikerlah aku, sambil mulihat bubrapa binatang bumi yang burkaki ampat, dan binatang liar dan yang mulata, dan burong yang diudara.

7Maka tiba tiba aku munungar suatu suara burkata padaku, Bangunlah, hie Petros; sumblehlah surta makan.

8Tutapi kataku, Bukannya dumkian, Ya Tuhan: kurna bulom purnah barang yang haram atau nujis masok kudalam mulutku.

9Maka disahut ulih suara deri langit itu pula, katanya, Barang yang dihalalkan Allah, janganlah angkau mungharamkan dia.

10Maka dumkianlah halnya tiga kali; maka skliannya itupun turangkatlah kumbali kalangit.

11Maka hieran, dungan sugranya juga datanglah tiga orang turdiri dihadapan rumah ditumpat aku munumpang itu, adapun marika itu surohan deri nugri Kesarea kapadaku.

12Maka disurohkan ulih Roh padaku purgi surta marika itu, katanya, janganlah shak. Hata maka diiringkan pula kapadaku ulih anam orang saudara ini, maka masoklah kami kudalam rumah orang itu.

13Maka dichurtrakannyalah kapada kami akan awal iya tulah mulihat sa'orang maliekat dalam rumahnya, burdiri surta burkata padanya, Surohkanlah ulihmu orang purgi kaJopa, munjumput akan Simon yang burgular Petros itu;

14Maka iyalah kulak akan mungajar kamu bubrapa purkataan, maka deri subab itulah angkau surta sagala isi rumahmu pun akan mundapat jiwa slamat.

15Arkian maka apabila aku mumulai burkata kata, maka turunlah Roh Alkudus kaatas marika itu, sapurti yang diatas kami pada mulanya.

16Maka pada masa itu turingatlah aku akan purkataan Tuhan, bagimana iya tulah burkata, sunggohpun Yahya tulah mumbaptisakan orang dungan ayer; tutapi kamu akan dibaptisakan dungan Roh Alkudus.

17Adapun jikalau dumkianlah kiranya dikurniakan Allah anugrah sama pada marika itu sapurti yang dikurniakannya pada kita, yang purchaya akan Tuhan Isa Almasih; siapakah aku, yang bulih mulawan Allah?

18Maka apabila didungar ulih marika itu akan hal yang dumkian, maka iyapun mumatikan dirinya, surta mumuliakan Allah, katanya, Dumkianlah juga halnya tulah didatangkan Allah taubat bagie orang susat akan mundapat slamat kukal.

19Subarmula adapun sagala orang yang turchurie burie ulih subab anyaya yang datang ulih kurna Stifanus itu, maka mularatlah marika itu skalian sampie kapada nugri Fenikia, dan Kiprus, dan Antiok, dimashorkanlah ulih marika itu pungajaran itu kapada orang Yahudi sahja.

20Maka adalah diantara marika itu bubrapa orang nugri Kiprus dan Sirini, maka apabila datanglah marika itu kaAntiok, maka dichurtrakannyalah kapada orang Grika, sambil dimashorkannya deri hal Tuhan Isa.

21Maka adalah tangan Tuhan munyurtai marika itu: maka banyaklah orang yang purchaya, surta burtaubat akan Tuhan.

22Maka kudungaranlah khabar itu katulinga sidang jumaat yang ada diJerusalem: lain disurohkannyalah Barnaba purgi sampie kaAntiok.

23Maka apabila sampielah iya kasana, maka dilihatnya anugrah Allah itu, lalu sukachitalah iya, sambil dibrinya nasihat kapada sagala orang, supaya bursunggoh sunggoh hatinya lukat pada Tuhan.

24Kurna iyalah sa'orang baik, dan hatinya pun punoh dungan Roh Alkudus dan purchaya: maka munjadi banyaklah orang burtambah tambah kapada Tuhan.

25Maka kluarlah Barnaba purgi kanugri Tarsus, iya itu handak munchari Saul;

26Maka sutlah sudah iya burtumu dungan dia, maka dibawanyalah kaAntiok. Burmula adalah marika itu burhimpun bursama sama dungan sidang jumaat sa'tahun lamanya, sambil mungajar banyak orang. Adapun pada mula mula dinugri Antiok disubut orang akan murid murid itu orang Masihi.

27Subarmula bahwa dewasa itu turunlah bubrapa orang nabi deri Jerusalem kaAntiok.

28Maka burdirilah sa'orang deri antara marika itu namanya Agabus, maka iya itu burkata kata dungan Elham Roh, bahwa kulaparan busar akan datang kaatas sagala dunia: maka iya itu tulah munjadi pada zaman Klaudius Kiesar.

29Maka sagala murid itupun burfakatlah masing masing kapada kadarnya, handak burkirim apa apa akan mumliharakan sagala saudara yang duduk ditanah Yahuda:

30Maka dipurbuatlah ulih marika itu yang dumkian, lalu dikirimkannyalah dungan tangan Barnaba dan Saul kapada orang tua tua adanya.



 <<  Kisah Para Rasul 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel