Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 13 >> 

1SUBARMULA maka adalah bubrapa orang nabi dan guru dalam sidang jumaat yang diAntiok, iya itu Barnaba, dan Simon yang tursubut Niger, dan Lukius orang Sirini, dan Manaen, iya itu saudara suan Herodis tetrak, dan Saul.

2Maka samuntara marika itu mulakukan pukurjaan Tuhan, surta puasa, maka burkatalah Roh Alkudus, Asingkanlah Barnaba dan Saul supaya mulakukan pukurjaan yang tulah kuuntokkan bagie marika itu.

3Maka sutlah marika itu puasa dan minta doa, surta mumbuboh tangannya kaatas orang kadua itu, lalu dilupaskanlah akan dia purgi.

4Arkian dumi marika itu disuroh ulih Roh Alkudus, purgilah iya kanugri Salukia; maka deri sanalah pula marika itu burlayar kapulau Kiprus.

5Adapun sutlah marika itu sampie kanugri Salamis; maka diajarkannyalah purkataan Allah dalam kunisa kunisa orang Yahudi: maka adalah Yahya munjadi punulong marika itu.

6Maka sutlah sudahlah marika itu mulalui pulau itu, surta sampie kanugri Pafus, lalu didapatinya disana sa'orang hubatan, iya itulah sa'orang nabi yang dusta. lagi sa'orang Yahudi namanya Bur-jisus.

7Maka iya itu bursama sama dungan Serjius Paulus, punghulu nugri itu, iya itu sa'orang budiman adanya; maka dijumputnyalah Barnaba dan Saul, subab iya handak munungar purkataan Allah.

8Tutapi Elimas orang hubatan itu, (yang tursalin namanya dumkian,) iya itulah mulawan marika itu, handak dipalingkannya punghulu nugri itu deripada imannya.

9Adapun Saul, (yang tursubut Paulus pun,) punohlah hatinya dungan Roh Alkudus, lalu dirunungnyalah akan dia.

10Sambil burkata, Hie angkau yang punoh dungan sagala junis bohong dan tipu daya, anak iblis, dan sutru sagala yang bunar, bulomkah angkau burhinti deripada mundolak dalekkan jalan Tuhan yang butul itu?

11Skarang kutauilah ulihmu, bahwa adalah tangan Tuhan mulawan dikau, maka angkau akan buta tiada dapat mulihat mata hari bubrapa lamanya. Maka tiba tiba dungan skutika itu juga klamkabutlah matanya; lalu murabalah iya munchari orang yang mumimpin tangannya.

12Maka apabila dilihat ulih punghulu nugri itu akan hal yang dumkian, maka purchayalah iya, surta hieran turchungang deri kurna pungajaran Tuhan.

13Maka Paulus dungan sagala orang yang surtanya itupun burlayarlah deri Pafus, sampielah kanugri Perga dalam bunua Pamfilia: maka burchurielah Yahya deripada marika itu, lalu pulanglah iya kaJerusalem.

14Maka sutlah marika itu munyubranglah deri Perga, lalu sampielah kanugri Antiok dalam bunua Pisidia, maka masoklah iya kudalam kunisa pada hari sabtu, lalu dudoklah disitu.

15Maka kumdian deripada bachaan taurit dan surat sagala nabi, maka disuroh ulih punghulu kunisa kapada marika itu, katanya, Hie tuan tuan saudaraku, jikalau ada kiranya padamu barang purkataan nasihat katakanlah ulihmu pada kaum ini.

16Maka burdirilah Paulus, surta mumbri alamat dungan tangannya katanya, Hie orang Israel, dan orang yang takut akan Allah, dungarlah ulihmu,

17Bahwa Allah kaum ini orang Israel, tulah mumileh nenek moyang kami, dan tulah ditinggikannya kaum itu pada masa iya orang dagang ditanah Mashir, maka tulah dikluarkannya marika itu deri dalamnya dungan tangan yang maha kuasa.

18Maka skira kira ampat puloh tahun lamanya tulah disabarkannya akan sagala klakuannya dalam padang bulantara itu.

19Maka sutlah sudah dibinasakannya tujoh bangsa orang dibunua Kanaan, maka dungan mumbuang undi dibahgikannya tanah marika itu padanya.

20Sutlah sudah dumkian, maka dikurniakannyalah pada marika itu bubrapa hakim skira kira ampat ratus lima puloh tahun lamanya, sampielah kapada zaman nabi Samuel itu.

21Shahadan kumdian deripada itu marika itu muminta sa'orang raja: maka dikurniakan Allah bagienya Saul anak Kis, iya itu deripada suku bangsa Benjamin, ampat puloh tahun lamanya.

22Maka sutlah sudah dipuchatnya akan dia, maka dibangkitkannya pula Daud akan munjadi raja bagie marika itu; maka diakuinyalah akan dia, katanya, Aku tulah mundapat Daud anak Jesse, sa'orang yang stuju dungan hatiku, maka iyalah kulak akan mulakukan sagala kahandakku.

23Burmula maka deripada bunihnyalah tulah dibangkitkan Allah Isa sapurti yang dijanjikannya akan munjadi slamat kapada orang Israel:

24Maka dahulu deripada kadatangannya itu, maka adalah Yahya tulah mumashorkan baptisan taubat pada kaum Israel.

25Maka samuntara Yahya tulah mulalukan jawatannya, maka burkatalah iya, Pada sangkamu siapakah aku? Bahwa aku ini bukannya dia. Tutapi sa'sunggohnya, iya yang akan datang kulak kumdian deripada aku, maka tiadalah layak aku mumbuka trompa deripada kakinya.

26Hie kamu skalian saudaraku yang turun tumurun deripada Ibrahim, iya itu barang siapa yang takut akan Allah diantara kamu, maka kapadamulah juga purkataan slamat ini tulah disampiekan.

27Kurna orang yang duduk diJerusalem, dan sagala punghulunya, subab tiada mungunal akan dia, atau akan purkataan nabi nabi yang dibachanya pada tiap tiap hari sabtu, maka digunapi ulih marika itu juga akan purkataan itu dungan dihukumkannya akan Isa.

28Tutapi sunggohpun tiada didapatinya barang kusalahan yang patut akan mati, dipinta juga ulih marika itu pada Pilatus supaya dibunohnya akan dia.

29Maka apabila tulah digunapi ulih marika itu sagala sa'suatu yang tursurat deri halnya, maka diturunkan mayatnya deri kayu, lalu ditanamkannya dalam kubor.

30Tutapi Allah tulah munghidopkan dia deripada mati:

31Maka bubrapa hari lamanya iya klihatan pada orang yang datang bursama sama dungan dia deri Galilia kaJerusalem, maka marika itulah juga munjadi saksinya kapada kaum itu.

32Subarmula adapun kami ini mumbri khabar yang baik padamu, deri hal purjanjian yang tulah dikatakan Allah pada nenek moyang kita,

33Bahwa Allah tulah munggunapi itu pada kita ini anak anak marika itu, dungan munghidopkan pula Isa; sapurti yang tursurat dalam zabor yang kadua, katanya, Bahwa angkau inilah anakku, maka pada hari ini tulah kupuranakkan akan dikau.

34Maka deri hai tulah dihidopkan pula deripada matinya itu, supaya jangan iya kumbali pula kapada busok, maka dumkian furmannya, bahwa sagala kamuraan kapada Daud yang tuntu itu, aku akan mungurniakan padamu.

35Subab itulah iya tulah burfurman dalam zabor yang lain pun, Tiada angkau kulak mumbiarkan Orang Suchimu itu mungunai akan busok.

36Kurna sasunggohnya apabila sudah Daud mulakukan kahandak Allah pada zamannya, maka iya pun matilah, dan tulah ditanamkan dukat dungan nenek moyangnya, maka iya tulah mungunai busok:

37Tutapi Isa yang tulah dihidopkan Allah, tiada mungunai busok.

38Subab itu kutauilah ulihmu, hie tuan tuan dan saudara saudaraku, bahwa ulih kurna iya inilah dibri tau padamu deri hal dosa akan diampuni.

39Maka dungan burkatnyalah juga barang siapa yang purchaya, iya itu akan dibilangkan bunar deripada sagala sasuatu yang tiada dapat dibilangkan bunar akan dia ulih taurit Musa.

40Maka subab itu handaklah kamu ingat, supaya jangan kulak burlaku kaatasmu pun, barang yang tulah disubutkan dalam surat sagala nabi nabi.

41Lihatlah ulihmu, hie sagala orang yang mumbunchi, hieranlah, dan binasalah: kurna pada zamanmu juga aku mungurjakan suatu pukurjaan yang tiada dapat kamu purchaya, kalau sa'orang mumbri tau padamu skalipun.

42Maka sutlah kluarlah orang Yahudi deri dalam kunisanya, lain dipintalah ulih orang orang susat supaya pada sabtu yang datang ini purkataan itu juga diajar pada marika itu.

43Adapun sutlah sudah purhimpunan itu burpuchah puchahlah maka banyaklah orang Yahudi dan orang maalaf yang burbahkti mungikut Paulus dan Barnaba: maka diajarlah ulih marika itu akan dia, surta mumbri nasihat, supaya tutaplah iya dalam anugrah Allah.

44Hata maka pada hari sabtu yang datang, burhimpunlah hampir hampir sagala orang orang isi nugri itu handak munungar purkataan Allah.

45Maka apabila dilihat ulih Yahudi akan purhimpunan orang yang banyak itu, maka punohlah iya dungan dungki, surta dibantahinyalah akan purkataan yang dikatakan ulih Paulus, surta mulawan dan munista.

46Maka branilah juga Paulus dan Barnaba, surta burkata, Bahwa ta'dapat tiada purkataan Allah itu diajarkan pada kamu turdahulu: maka subab kamu unggan akan dia, surta tiada kamu kirakan diri kamu itu layak akan mundapat slamat kukal, bahwa ingatlah, kami burbaleklah kapada orang susat.

47Kurna dumkianlah tulah disurohkan Tuhan pada kami, katanya, Aku tulah munaroh dikau mumbri trang bagie orang orang susat, supaya angkau mungadakan slamat kukal sampie kapada hujung bumi.

48Adapun apabila didungar ulih orang orang susat akan hal yang dumkian, maka sukachitalah iya, surta mumuliakan purkataan Allah: maka purchayalah bubrapa orang yang tulah dituntukan akan mundapat slamat kukal.

49Arkian maka mashorlah purkataan Tuhan itu kapada sagala jajahan itu.

50Tutapi diasutlah ulih orang Yahudi akan sagala prumpuan yang burbahkti dan mulia, dan akan sagala orang busar busar dinugri itu, maka marika itupun mundatangkanlah annyaya akan Paulus dan Barnabas, surta dihalaukannya akan dia deripada batasan tanahnya.

51Tutapi dikubaskan ulih rasul itu habu kakinya akan munjadi tandah bagie marika itu, lalu sampielah iya kanugri Ikoniam.

52Maka sagala murid itupun punohlah hatinya dungan kasukaan, dan Roh Alkudus.



 <<  Kisah Para Rasul 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel