Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 15 >> 

1SUBARMULA maka adalah bubrapa orang datang deri tanah Yahuda, surta mungajar sagala saudara itu, katanya, Bahwa jikalau tiada kamu disunatkan munurut adat Musa, maka tiadalah kamu akan mundapat slamat kukal.

2Maka jadilah suatu pursulisihan dan purbantahan bukannya kuchil diantara Paulus dan Barnabas dungan marika itu, maka dituntukan munyurohkan Paulus dan Barnabas, dan bubrapa orang lain diantara marika itu purgi kaJerusalem kapada sagala rasul dan orang tua tua yang disana burtanya sual ini.

3Adapun sutlah sudah marika itu dihantarkan ulih sidang jumaat, maka burjalanlah marika itu mulalui nugri Feniska dan Samaria, munyutakan deri hal orang susat tulah burtaubat: sahingga diadakannya kasukaan busar kapada sagala saudara.

4Maka apabila sampielah marika itu kaJerusalem, disambutlah ulih sidang jumaat, dan sagala rasul dan orang tua tua itu akan dia, maka dichurtrakannyalah sagala purkara yang tulah diadakan Allah tursubab ulih marika itu.

5Hata maka burbangkitlah bubrapa orang orang deripada mazhab orang Faresia yang tulah purchaya, katanya, Bahwa sa'harusnyalah marika itu disunatkan surta disurohkan dia munurut tauret Musa.

6Arkian maka burhimpunlah sagala rasul dan orang tua tua handak mumbicharakan deri hal ini.

7Maka tutkala jadi purbantahan busar, maka burdirilah Petros, surta burkata pada marika itu, Hie tuan tuan dan saudara saudara, kamu ini tulah mungataui, bahwa Allah tulah mumileh akan daku diantara kamu bulom brapa lamanya, supaya orang susat dapat munungar purkataan injil deripada mulutku, surta purchaya akan dia.

8Bahwa Allah yang tulah mungataui akan sagala hati, tulah mumbri saksi pada marika itu, sambil mungurniakan padanya Roh Alkudus, sapurti yang dikurniakannya pada kami;

9Tiada juga dibethakannya kami deripada marika itu, maka iya tulah munyuchikan hati marika itu dungan iman.

10Skarang pun mungapakah kamu munchobai Allah, dungan mungunakan kok kaatas tungkoh murid murid itu, yang tiada didapat turtanggong ulih nenek moyang kami atau ulih kamipun?

11Tutapi kami purchaya bahwa dungan nihmet Tuhan Isa Almasih kami akan mundapat slamat kukal, sapurti marika itu juga.

12Tutkala itu diamlah sagala orang yang burhimpun itu, munungarkan Barnabas dan Paulus, munchurtrakan deri hal bubrapa tandah dan ajaib yang tulah diadakan Allah tursubab ulih marika itu diantara orang susat.

13Maka kumdian deripada marika itu sudah diam dirinya, maka munyahutlah Yakob, katanya, Hie tuan tuan dan saudara saudara, dungarlah ulihmu akan purkataanku:

14Bahwa Simon tulah munyatakan bagimana pada mulanya ditilek ulih Allah, kurna namanya akan mungambil suatu kaum deri antara orang susat.

15Adapun akan hal ini stujulah dungan purkataan sagala nabi, sapurti yang tursurat itu.

16Katanya, kumdian deripada ini aku akan burbalek, mundirikan pula khabah Daud, yang tulah ruboh itu; dan sagala puchah puchahannya aku akan mumbangunkan, surta kubutulkan pula akan dia.

17Supaya orang yang tinggal tinggal itu kulak munchari akan Tuhan, dan lagi sagala orang susat pun, yang mungambil namaku, kata Tuhan, yang mungadakan sagala purkara ini.

18Bahwa Allah tulah mungataui akan sagala purbuatannya deripada purmulaan dunia.

19Subab itu pada bicharaku baik juga, jangan kita munyusahi orang yang tulah burbalek kapada Allah deri antara orang susat itu:

20Tutapi handaklah kami burkirim surat kapada marika itu, supaya dijauhkannya dirinya deripada kachumaran munyumbah burhalla, dan deripada burbuat zinah, dan deripada mumakan purkara yang mati modar, dan deripada darah.

21Kurna deripada zaman dahulu kala pun tauret Musa ada juga dimashorkan orang pada tiap tiap nugri, surta dibachakannya akan dia dalam sagala kunisa pada tiap tiap hari sabtu.

22Maka tutkala itu dipurkunankanlah ulih sagala rasul dan sagala orang tua tua, surta dungan sidang jumaat, lalu disurohkannya bubrapa orang yang turpileh deri antara mofakat itu, purgi kanugri Antiok surta dungan Paulus dan Barnabas; iya itu Yuda yang burgular Barsabas, dan Silas, adapun kaduanya itulah orang kupala diantara sagala saudara itu:

23Maka dikirimnyalah pula pada tangan marika itu sa'puchuk surat dumkian bunyinya; Salam doa sagala rasul dan orang tua tua dan sagala saudara, iya itu datang kapada sagala saudara yang ada diantara sagala orang susat dinugri Antiok dan dibunua Syria dan Cilicia:

24Bahwa kami tulah munungar, adalah bubrapa orang turbit deri antara kami yang tulah mungachau kamu dungan burbagie bagie purkataan, yang mumbimbangkan hatimu, katanya, Bahwa sa'harusnyalah kamu disunatkan, dan munurut tauret Musa: maka yang dumkian itu bukannya prentah kami padanya:

25Maka tulah dipurkunankan ulih kami yang ada burhimpun dungan satu hati, munyurohkan bubrapa orang ini yang turpileh datang kapada kamu mungiringkan kadua kukasih kami, iya itu Barnabas dan Paulus,

26Maka iyalah orang yang tulah munyurahkan nyawanya kurna nama Tuhan kami Isa Almasih.

27Shahadan maka adalah kami munyurohkan pula Yuda dan Silas, maka marika itupun akan munchurtrakan padamu dungan mulutnya akan sagala purkara ini.

28Kurna tulah dipurkunankan ulih Roh Alkudus, dan kami, bahwa jangan kami mulutakkan kaatas kamu barang tanggongan yang lebih brat deripada purkara yang patut ini;

29Iya itu munjauhkan dirimu deripada mumakan makanan yang disumbahyangkan kapada burhalla, dan deripada darah, dan deripada barang yang mati modar, dan deripada zinah: maka jikalau kamu munjauhkan dirimu deripada purkara yang dumkian, jadilah padamu. Sajahtralah kiranya.

30Arkian maka marika itupun burmohonlah, maka sampielah iya kanugri Antiok: lalu dihimpunkan ulih marika itu orang banyak, surta diunjukkannyalah surat itu.

31Adapun sutlah dibacha ulih marika itu akan dia, maka sukachitalah iya deri subab punghiboran itu.

32Maka Yuda dan Silas itu, pun nabi juga, maka dibrinyalah nasihat pada sagala saudara itu dungan bubrapa purkataan, surta ditutapkannyalah marika itu.

33Maka sutlah sudah marika itu diam sana bubrapa lamanya, lalu sagala saudara, pun mulupaskan marika itu purgi dungan slamatnya pada sagala rasul.

34Akan tutapi sukalah juga Silas diam disana.

35Maka Paulus dan Barnabas pun diamlah dinugri Antiok, sambil mungajar dan mumashorkan purkataan Tuhan, surta dungan bubrapa orang lain lain.

36Maka kumdian deripada bubrapa harinya, maka burkatalah Paulus kapada Barnabas, Baiklah kita pulang mulihat sagala saudara kita pada tiap tiap nugri ditumpat kita tulah mumashorkan purkataan Tuhan, bagimanakah grangan hal marika itu.

37Maka burbicharalah Barnabas handak mumbawa Yahya bursama sama dungan dia, yang burgular Markus.

38Maka pada fikeran Paulus tiada baik mumbawa dia itu surtanya, subab sudah iya muninggalkan marika itu diPamfilia, tiadalah iya purgi bursama sama dungan marika itu akan mungurjakan pukurjaan itu.

39Arkian maka jadilah suatu purbantahan busar diantara marika itu, sahingga burchurielah sa'orang dungan sa'orang: maka dibawalah Burnabas akan Markus surtanya, lalu burlayarlah iya kaKiprus;

40Tutapi Paulus mungambil Silas, subab sudah disurahkan ulih sagala saudara akan dia kapada Allah, lalu purgilah marika itu.

41Shahadan maka dilaluinyalah sagala bunua Siria, dan Cilicia, itu sambil munutapkan sagala sidang jumaat.



 <<  Kisah Para Rasul 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel