Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 16 >> 

FATSAL XVI.

1MAKA skarang deri hal pŭrhimponan wang bagie orang orang salih, sapŭrti aku tŭlah mŭmbri prentah pada sagala sidang jŭmaah diGalatia, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu bŭrbuat.

2Maka pada tiap tiap hari ahad, handaklah masing masing kamu mŭnyimpankan wang bagie diri sŭsa’orang sakŭdar untongnya dibri Allah, supaya jangan kŭlak tŭtkala aku datang bahru handak mŭngampongkan wang.

3Maka apabila aku datang, maka barang siapa kapŭrchayaan kamu yang kamu sŭbutkan dalam surat, maka orang orang itulah aku akan mŭnyurohkan mŭmbawa sŭdŭkah kamu itu kaJerusalem.

4Maka jikalau kiranya patut aku pun pŭrgi, maka bulihlah marika itupun pŭrgi bŭrsama sama dŭngan aku.

5Maka skarang pun aku akan datang kapada kamu, apabila aku kŭlak mŭlintas Makadonia: kŭrna aku handak juga mŭlintas Makadonia.

6Maka mudah mudahan aku handak tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu, bahkan, aku kŭlak mŭnahun dŭngan kamu pada musim dingin ini, supaya kamu bulih mŭnghantarkan aku pada pŭrjalananku barang kamana yang aku handak pŭrgi

7Kŭrna skarang aku tiada bŭrtŭmu dŭngan kamu dijalan, tŭtapi harap juga hatiku handak singgah sŭdikit hari pada kamu, insha Allah.

8Tŭtapi aku akan singgah dinŭgri Efesus sampie kapada hari raya Pentekosta

9Kŭrna ada suatu jalan bŭsar lagi bŭruntong tŭlah tŭrbuka padaku, dan ada lagi banyak orang musoh musoh.

10Maka skarang pun jikalau datang Timothius kŭlak, tengoklah biar iya bŭrsama sama dŭngan kamu janganlah iya takut: kŭrna iya mŭngŭrjakan pŭkŭrjaan Tuhan, spŭrti aku juga adanya.

11Maka sŭbab itu janganlah kiranya barang sa’orang mŭmandang kurang akan dia: mŭlainkan handaklah kamu mŭnghantarkan dia dŭngan slamatnya, supaya iya datang kapadaku: kŭrna aku mŭnantikan dia bŭsŭrta dŭngan saudara saudara itu.

12Adapun deri hal saudara kita Apollos itu, aku mŭmintalah banyak banyak padanya supaya iya pun datang kapada kamu sŭrta sagala saudara itu: tŭtapi kahandaknya skali kali tiada mahu pŭrgi pada masa ini; tŭtapi nanti iya sŭnang kŭlak iya bulih datang.

13Jagalah kamu baik baik, dan bŭrdirilah tŭtap dŭngan iman, dan bŭrlakulah kamu sapŭrti laki laki, dan biarlah kuat.

14Maka biarla sagala halmu jadi dŭngan kasihan.

15Maka adalah kamu mŭngŭnal orang isi rumah Istifanus itu, bahwa iya itu buah bungaran sulong orang nŭgri Akaia, maka iya tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya bŭrkhodmat kapada sagala orang salih, maka aku minta pada kamu, hie saudara saudara,

16Supaya kamu pun mŭnalokkan dirimu kapada orang yang dŭmkian itu, dan kapada masing masing orang yang mŭnulong, dan bŭrlŭlah sŭrta kami.

17Maka suka chitalah aku deri kŭrna kŭdatangan Istifanas, dan Fortunatus dan Akaikus: kŭrna pŭrkara yang kurang deripadamu itulah digŭnapi ulih marika itu.

18Kŭrna marika itu tŭlah mŭnyŭgarkan hatiku dan hatimu: maka sŭbab itu handaklah kamu mŭngŭnangkan akan orang yang dŭmkian.

19Bŭrmula sidang sidang jŭmaah diAsia ampunya sŭlam kapada kamu. Maka Akuila dan Priskilla, sŭrta dŭngan sidang jŭmaah dalam rumahnya itu pun ampunya sŭlam pada kamu dŭngan bŭrkat Tuhan.

20Maka sagala saudara saudara ampunya sŭlam pada kamu. Brilah sŭlam sa’orang pada sa’orang dŭngan chium yang suchi.

21Maka aku ini Paulus ampunya sŭlam dŭngan bŭkas tulisan tanganku sŭndiri.

22Maka jikalau barang sa’orang tiada mŭngasihi Tuhan Isa Almasih, maka la’nat atasnya tŭtkala kŭdatangan Tuhan

23Anugrah Tuhan kami Isa Almasih atas kamu.

24Maka pŭngasihanku bŭsŭrtalah dŭngan kamu skalian dŭngan bŭrkat Isa Almasih: Amin.i1 ¶ Tŭrmaktub surat yang pŭrtama ini dalam nŭgri Filipi, dan dikirimkan kapada orang Korinthus, iya itu ulih Istifanus, dan Fortunatus, dan Akiekus dan Timothius.



 <<  1 Korintus 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel