Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Petrus 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA sŭbab itulah sŭblahkanlah sagala kajahatan, dan sagala tipu daya, dan sagala klakuan munafik, dan sagala kadŭngkian, dan sagala jŭnis umpat.

2Spŭrti kanak kanak yang bahru dipranakkan itu, rindulah akan pŭrkataan itu spŭrti ayer susu yang tiada bŭrchampor, supaya kamu bŭrtambah tambah bŭsar ulihnya itu.

3Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭrasai Tuhan itu murahlah adanya,

4Maka kapadanyalah kamu datang spŭrti kapada sa’buah batu yang hidop, sungguhpun iya itu ditolakkan ulih manusia, tŭtapi iya itu pilehan Allah, lagi indah indah adanya.

5Maka kamu pun spŭrti batu batu yang hidop itu, dibangunkan sa’buah rumah rohani, dan suatu pŭrhimponan imam imam yang suchi, akan mŭmpŭrsŭmbahkan bŭbrapa korban rohani, yang ditrima Allah ulih bŭrkat Isa Almasih.

6Sŭbab itulah juga tŭrsŭbut dalam kitab, Sŭsungguhnya aku mŭlŭtakkan sa’buah batu diZion, iya itu kŭpala batu pŭnjuru yang tŭrpileh, lagi indah; maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tiadalah mŭnjadi bingung.

7Maka sŭbab itu bagie kamu yang pŭrchaya, iya itu indah adanya; tŭtapi kapada orang yang dŭrhaka, bahwa batu yang tŭlah ditolakkan ulih tukang, iya itu tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru.

8Dan sa’buah batu tŭrantok, dan karang shak, mŭskipun kapada marika itu yang tŭrantok atas pŭrkataan itu, sŭbab dŭrhaka; kŭrna kapada itulah juga marika itu tŭlah ditŭntukan.

9Tŭtapi kamu ini suatu katuronan yang tŭrpilih adanya, dan suatu pŭrhimponan raja imam imam, dan suatu bangsa yang suchi, dan suatu kaum yang dimiliki; supaya kamu kŭlak munyatakan sagala kamulian Tuhan yang tŭlah mŭmanggil kamu kluar deri dalam glap masok kapada trangnya yang ajaib itu:

10Yang pada dahulu kala bukannya suatu kaum adanya, tŭtapi skarang kamu tŭlah mŭnjadi kaum Allah: yang dahulu tiada mŭndapat kasihan, tŭtapi skarang tŭlah mŭndapat kasihan.

11Kŭkasih yang indah, kamu spŭrti orang orang dagang, dan orang orang pŭrjalanan, kupohonkanlah kiranya lŭpaskanlah dirimu deripada hawa nafsu dunia, yang ada bŭrprang dŭngan jiwa itu.

12Maka sŭbab ada klakuanmu tulos diantara orang orang sŭsat itu: maka pada masa diumpat orang akan kamu sa’olah olah kamu orang jahat, bulihlah marika itu mŭmuliakan Allah pada hari pŭrtŭmuan, tŭtkala dilihatnya sagala pŭkŭrjaanmu yang baik itu.

13Talokkanlah dirimu kapada sagala undang undang manusia kŭrna Tuhan, baik kapada raja, spŭrti sa’orang yang tŭrlebih bŭsar;

14Atau kapada pŭmrentah pŭmrentah, spŭrti orang orang yang disurohkannya akan mŭnghukumkan sagala orang yang bŭrbuat jahat, dan akan mŭmuji sagala orang yang bŭrbuat baik.

15Kŭrna dŭmkianlah dikahandaki Allah, supaya dŭngan bŭrbuat baik itu, kamu bulih mŭndiamkan bodohnya sagala orang yang bŭbal:

16Spŭrti orang orang bibas, tŭtapi janganlah pakiekan kabibasanmu itu mŭnjadi suatu baju slimut yang mŭnudongkan kajahatan, mŭlainkan spŭrti kaum Allah.

17Hormatilah akan sagala orang. Kasihlah akan sagala saudara. Takot akan Allah. Hormatilah akan raja.

18Hamba hamba, talokkanlah dirimu kapada tuanmu dŭngan takot; bukannya kapada yang baik dan lŭmah lŭmbut sahja, mŭlainkan kapada yang angkara pula.

19Kŭrna shukorlah, jikalau kiranya sa’orang kŭrna bŭrangan angan kapada Allah mŭnahani susah, dan mŭrasai sakit dŭngan tiada sŭbŭnarnya.

20Apakah kamŭgahannya, jikalau kamu sabar, sŭbab kasalahanmu, dipalu orang? tŭtapi jikalau kamu sabar, apabila kamu bŭrbuat baik, lagi mŭnanggong sŭngsara juga, maka itulah yang dipŭrkŭnankan Allah.

21Maka dŭngan hal yang dŭmkianlah kamu tŭlah dijŭmpot: kŭrna Almasih pun tŭlah mŭrasai sŭngsara sŭbab kami, iya mŭninggalkan bagie kami suatu tauladan supaya bulih kamu mŭngikot kŭsannya:

22Kŭrna iya tiada bŭrdosa, atau tipu pun tiada didapati deripada mulotnya:

23Maka tŭtkala dimaki orang, tiada iya mŭmbalas pula, dan tŭtkala iya mŭrasai sŭngsara, tiada iya mŭngugot orang; tŭtapi iya tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya kapada Allah, yang mŭnghukumkan dŭngan adilnya:

24Bahwa Isa sŭndiri pun tŭlah mŭmikol dosa dosa kami ditubohnya diatas tiang kayu, supaya kami, sŭbab matikan diri deripada dosa, bulih hidop dalam kabŭnaran: maka ulih kŭrna bilornya kamu tŭlah disŭmbohkan.

25Maka adalah hal kamu itu dahulunya spŭrti domba yang sŭsat; tŭtapi skarang kamu tŭlah dibalikkan kapada gombala, dan pŭmrentah jiwa kamu.



 <<  1 Petrus 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran