Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 2 >> 

FATSAL II.

1KŬRNA kamu saudara saudara, sŭndiri tŭlah mŭngatahui derihal kŭdatangan kami kapada kamu itu, bahwa iya itu bukannya dŭngan sia sia adanya.

2Tŭtapi mŭskipun kumdian dahulu deripada kami tŭlah mŭrasai, sŭrta dilakukan atas kami dŭngan klakuan yang tiada malu diFilippi, yang spŭrti kamu kŭtahui, maka kami brani juga kŭrna Allah, bŭrkata kata kapada kamu akan Injil Allah dŭngan banyak pŭrbantahan.

3Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya;

4Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami.

5Kŭrna bŭlomlah pŭrnah barang bila pun baik, kami mŭmakie pŭrkataan mŭngangkat angkat, spŭrti yang kamu kŭtahui, atau loba yang bŭrolok olok, Allah bŭrsaksi.

6Atau tiada kami mŭnchari hormat diantara manusia, baik deripada kamu, baik deripada orang lain lain, jikalau kami mahu, bulihlah kami ini mŭnjadi brat bagie kamu, ulih sŭbab kami ini rasul rasul Almasih adanya.

7Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya.

8Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami.

9Kŭrna kamu ingatlah juga saudara saudara, akan kŭlŭlahan dan kasusahan kami: kami bŭrlŭlah siang dan malam, sŭbab kami tiada mahu mŭnjadikan diri kami tanggongan pada barang sa’orang juapun diantara kamu, maka kami mŭngajar Injil Allah kapada kamu.

10Kamu adalah saksi, dan Allah pun bŭrsaksi, bagimana suchi, dan bŭnar, dan dŭngan tiada barang kŭchŭlaan kami, mŭlakukan diri kami diantara kamu yang pŭrchaya.

11Spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui bagimana kami tŭlah mŭmbri nasihat, dan mŭnghiburkan, dan amanatkan tiap tiap sa’orang deripada kamu, spŭrti klakuan bapa kapada anak anaknya.

12Supaya kamu dapat mŭnjalankan dŭngan layak bagie Allah yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu kapada krajaan dan kamuliannya.

13Maka inilah sŭbabnya kami pun mŭnguchapkan shukor kapada Allah dŭngan tiada bŭrkaputusan, sŭbab, apabila kamu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan Allah yang kamu mŭnŭngar deripada kami, maka kamu tŭlah mŭnŭrima akan dia bukannya spŭrti pŭrkataan manusia, mŭlainkan spŭrti yang bŭnar, iya itu pŭrkataan Allah adanya, yang mŭlakukan dŭngan tŭntu dalam kamu yang bŭriman itu.

14Kŭrna saudara saudara, kamulah jadi pŭngikot sagala sidang jŭmaah Allah ditanah Yahuda yang dalam agama Isa Almasih, sŭbab kamu tŭlah mŭrasai sama pŭrkara pŭrkara deripada orang sa’nŭgri dŭngan kamu juga, spŭrti yang dirasai ulih marika itu pun deripada orang orang Yahudi;

15Yang tŭlah mŭmbunoh Tuhan Isa, dan nabi nabinya sŭndiri, dan tŭlah mŭngannyayai akan kami, dan tiadalah iya mŭnyukakan Allah, sŭrta mŭlawan akan sagala orang;

16Sŭrta mŭlarangkan kami mŭngajar orang orang sŭsat, supaya marika itu mŭndapat slamat, akan mŭmŭnohi dosa dosanya itu slalu, kŭrna morka Allah tŭlah bŭrlakulah atas marika itu dŭngan sŭpŭnoh pŭnohnya.

17Adapun kami ini saudara saudara, sŭbab tŭlah bŭrchŭrie deripada kamu dalam sŭdikit waktu dŭngan lahirnya, bukannya dihati, makin lebih bŭrusaha kami handak bŭrjumpa muka kamu dŭngan tŭrlalu rindu.

18Maka sŭbab itulah kami sudah mahu datang kapada kamu sa’kali dua kali, mŭski pun aku Paulus, tŭtapi shietan mŭnahani kami.

19Kŭrna apakah pŭngharapan, atau kasukaan, atau mahkota kapragaan kami, bukankah kamu juga adalah dihadapan Isa Almasih Tuhan kami pada masa kadatangannya?

20Kŭrna kamulah kamuliaan, dan kasukaan kami.



 <<  1 Tesalonika 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel