Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 3 >> 

FATSAL III.

1MAKA sŭbab itu, apabila kami tiada bulih tŭrtahan lagi, pada sangka kami, baiklah kami ditinggalkan dinŭgri Athen sa’orang sa’orang.

2Maka kami mŭnghantarlah Timothius, saudara kami, sa’orang utusan Allah yang sama pŭkŭrjaan dŭngan kami dalam Injil Almasih, pŭrgi akan mŭnŭtapkan kamu, sŭrta mŭnghiburkan kamu derihal iman kamu;

3Supaya janganlah sa’orang pun bŭrgrak dalam sagala kasukaran ini, kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa kami ini sudah ditŭntukan deri sŭbab hal itu juga.

4Kŭrna sŭsungguhnya, apabila ada kami bŭrsama sama dŭngan kamu, maka kami tŭlah bŭrkata kapada kamu dahulu, iya itu kami kŭlak akan mŭrasai kasukaran, spŭrti yang kamu kŭtahui, tŭlah jadi juga.

5Maka deri sŭbab itulah, apabila tiadalah bulih aku tŭrtahan lagi, maka kusurohkan orang pŭrgi mŭndapatkan kamu, supaya mŭngatahui akan iman kamu, takot kŭlak pŭnchoba itu dŭngan daya upayanya, tŭlah mŭnchobai akan kamu, dan kalŭlahan kami pun kŭlak mŭnjadi sia sialah.

6Tŭtapi skarang apabila datanglah Timothius itu deripada kamu kapada kami, sŭrta mŭmbawa khabar yang baik deri hal iman dan kasih kamu itu, dan lagi kamu ada mŭnaroh ingat yang baik sŭntiasa bagi kami, sŭrta rindu sangat sangat handak bŭrtŭmu dŭngan kami, spŭrti kami pun dŭmkian juga akan kamu.

7Maka sŭbab itulah saudara saudara, kami tŭlah tŭrhibor dalam sagala kadukaan, dan kasusahan kami ulih sŭbab iman kamu.

8Skarang adalah kami hidop, jikalau kiranya kamu tŭtap bagie Tuhan.

9Kŭrna shukor apakah lagi yang dapat kami balaskan pada Allah kŭrna kamu, deri sŭbab sagala sukachita yang ada kami bŭrsuka suka ulih sŭbab kamu dihadapan Allah kami.

10Pada siang dan malam kami mŭmohonkan doa sangat sangat, supaya kami bŭrjumpa muka kamu, dan supaya bulih kami mŭnyampornakan barang yang ada bŭrkorangan pada iman kamu itu.

11Skarang biarlah kiranya Allah sahja, iya itu Ayah kami, dan Tuhan kami Isa Almasih mŭnyampiekan jalan kami kapada kamu.

12Maka Tuhanlah kŭlak akan mŭnambahi dan mŭlempahkan kamu dalam bŭrkasih kasihan sa’orang akan sa’orang, dan pada sagala orang, sungguh pun spŭrti klakuan kami kapada kamu.

13Pada akhirnya, supaya Tuhan bulih mŭnŭtapkan hati kamu dalam kasuchiannya dŭngan tiada bŭrkŭchŭlaan dihadapan Allah, iya itu Ayah kami, pada masa kadatangan Tuhan kami Isa Almasih, sŭrta dŭngan sagala orang orang salihnya.



 <<  1 Tesalonika 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran