Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 5 >> 

FATSAL V.

1AKAN tŭtapi, saudara saudara, adapun deri hal waktu dan masanya, ta’usahlah aku suratkan kapada kamu.

2Kŭrna kamu sŭndiri tŭlah malom dŭngan sampornanya, adapun hari datang Tuhan itu spŭrti pŭnchuri pada malam.

3Kŭrna apabila kata orang, sŭjahtra dan slamat; maka tiba tiba, datanglah kabinasaan atasnya spŭrti sa’orang pŭrampuan sakit akan branak, maka tiadalah kŭlak marika itu dapat tŭrlŭpas.

4Tŭtapi saudara saudara, akan hal kamu ini bukan dalam glap, supaya hari itu mŭndapati kamu spŭrti sa’orang pŭnchuri.

5Maka skalian kamu ini anak anak trang, dan anak anak siang: bukannya kami orang malam, atau glap.

6Maka sŭbab itu janganlah kami tidor spŭrti orang lain lain; mŭlainkan handaklah kami jaga sŭrta suman.

7Kŭrna orang tidor itu tidor malam; maka orang yang mabok itu mabok malam.

8Tŭtapi kami ini yang ada siang, biarlah suman, dŭngan mŭmakie barot iman dan kasih; dan kŭtopongnya itu harap akan slamat.

9Kŭrna bukannya kami ini ditŭntukan Allah supaya kŭna morka, mŭlainkan supaya mŭndapat slamat dŭngan bŭrkat Tuhan kami Isa Almasih.

10Yang tŭlah mati ganti kami, supaya baik kami tidor, baik jaga, kami kŭlak hidop bŭrsama sama dŭngan dia.

11Maka sŭbab itu hiburkanlah dirimu bŭrsama sama, dan pŭrbaikilah sa’orang akan sa’orang, spŭrti yang kamu biasa bŭrbuat.

12Maka kami mŭminta kapada kamu, saudara saudara, mŭngŭnal akan orang orang yang bŭrlŭlah diantara kamu, dan yang mŭmŭgang prentah kamu dalam agama Tuhan, dan yang mŭmbri nasihat pada kamu.

13Maka handaklah kamu pula mŭngindahkan akan marika itu dŭngan kasih yang sa’baik baiknya deri kŭrna pŭkŭrjaannya, dan biarlah pula kamu dalam pŭrdamiean sa’orang akan sa’orang.

14Maka skarang pun kami mŭmbri nasihat kapada kamu, saudara saudara, ingatkanlah ulihmu akan orang orang yang ta’bŭrkŭtahuan laku, dan hiburkanlah orang yang lŭmah hati, sokonglah akan orang orang yang lŭmah, sŭrta sabarkanlah bagie sagala orang.

15Maka ingatlah supaya jangan barang sa’orang jua pun mŭmbalas jahat itu dŭngan jahat kapada barang sa’orang; mŭlainkan pada sŭdiakala handaklah kamu mŭnurot yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang.

16Bŭrsukachitalah kamu pada sŭdiakala.

17Bŭrdoalah kamu dŭngan tiada bŭrkaputusan.

18Mŭnguchap shukorlah pada Allah dalam sagala pŭrkara: kŭrna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih derihal kamu.

19Janganlah kamu padamkan akan Roh itu.

20Janganlah kamu hinakan nabuatan.

21Slidiklah akan sagala pŭrkara; pŭganglah akan yang baik.

22Maka lŭpaskanlah diri kamu deripada sagala yang tampak jahat.

23Maka bahwasanya Allah pohon sŭjahtra itu, mŭnyuchikan kiranya kamu dŭngan sampornanya; dan lagi kupohonkan sagala Roh, dan nyawa, dan tuboh kamu, dipliharakan dŭngan tiada bŭrsalah sampie kapada kadatangan Tuhan kami Isa Almasih.

24Sŭtiawanlah kiranya yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu, maka iyalah juga akan bŭrbuat itu.

25Doakanlah akan kami saudara saudara.

26Brilah sŭlam pada sagala saudara sŭrta chium yang suchi.

27Aku pohonkan kapada kamu dŭmi Tuhan, handaklah surat ini dibachakan kapada sagala saudara saudara yang suchi.

28Maka nihmat Tuhan kami Isa Almasih atas kamu. Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat yang pŭrtama ini yang dikirimkan kapada orang Thessalonika deri nŭgri Athen.



 <<  1 Tesalonika 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran