Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 10 >> 

FATSAL X.

1BAHWA skarang aku Paulus mŭmohonkan kapada kamu dŭngan rŭndah hati dan lŭmah lŭmbut Almasih, yang pada halir tŭrhina adanya aku ini diantara kamu, tŭtapi diblakang aku brani akan kamu.

2Maka aku mŭmohonkan, supaya apabila kŭlak aku halir, janganlah aku brani dŭngan katŭntuan, yang spŭrti kusangkakan handak mŭmbranikan diriku kapada bŭbrapa orang yang mŭmikirkan sa’olah olah kami ini mŭlakukan dŭngan mŭnurot hawa nafsu.

3Kŭrna sungguhpun kami mŭlakukan dalam nafsu itu, tŭtapi tiada kami bŭrprang mŭnurot hawa nafsu:

4Kŭrna sagala sŭnjata pŭprangan kami itu bukannya hawa nafsu, hanya kwasa deripada Allah akan mŭrobohkan sagala kubu yang tŭgoh tŭgoh;

5Mŭnyampakkan sangka sangka, dan tiap tiap suatu pŭrkara yang mŭninggikan dirinya akan mŭlawan pŭngatahuan Allah, sŭrta mŭmbawa kapada tawanan tiap tiap fikiran akan mŭnurot Almasih;

6Maka bŭrlangkaplah kami akan mŭmbalas sagala dŭrhaka, apabila taalok kamu itu tŭlah gŭnap.

7Adakah kami mŭmandang sagala pŭrkara itu dŭngan ukoran mata? jikalan barang sa’orang yang harap akan dirinya sŭndiri iya umat Almasih, maka handaklah iya bŭrfikir pula sŭndiri, spŭrti iya umat Almasih, dŭmkianlah juga kami pun umat Almasih adanya.

8Kŭrna sungguhpun aku bulih mŭmŭgahkan brapa lebih akan kwasa kami, yang tŭlah dikurniakan Tuhan kapada kami akan mŭmbaiki, bukannya akan mŭmbinasakan kamu, tiadaklah kulak aku malu.

9Supaya jangan tampaknya aku handak mŭnakoti kamu dŭngan surat surat kiriman itu.

10Kŭrna marika itu bŭrkata, surat suratannya itu brat dan kras adanya; tŭtapi tŭtkala batang tubohnya bŭrhalir lŭmah, dan pŭrkataannya pun hina adanya.

11Maka biarlah sianu itu bŭrfikir dŭmkian, bagimana kiranya yang ada pŭrkataan kami dalam surat surat kiriman itu tŭtkala kami tiada halir, dŭmkianlah sŭsungguh sungguh adanya tŭtkala kami halir.

12Kŭrna tiadalah kami brani mŭnjadikan diri kami dalam bilangan, atau mŭmbandingkan diri kami dŭngan orang yang mŭmuji dirinya: kŭrna marika itu mŭngukor dirinya pada sama sŭndirinya, dan mŭmbandingkan dirinya dŭngan sama sŭndirinya, maka iya itu tiadalah bŭrbudi adanya.

13Tŭtapi kami ini tiadalah mahu mŭmŭgahkan akan pŭrkara pŭrkara dŭngan tiada ukoran, mŭlainkan spŭrti ukoran undang undang yang dibahgikan Allah pada kami, iya itulah suatu ukoran yang bulih sampie kapada kamu.

14Kŭrna tiada kami mŭlanjotkan jalan kami lebih deripada ukoran kami, sa’olah olah kami tiada sampie kapada kamu: tŭtapi kami sudahlah sampie juga kapada kamu dŭngan mŭngajar Injil Almasih.

15Maka tiada kami mŭmŭgahkan diri kami dŭngan tiada ukoran, iya itu dalam pŭkŭrjaan lain lain orang, mŭlainkan kami harap juga, apabila iman kamu kŭlak bŭrtambah tambah, bahwa kami pun akan mŭnjadi luaslah dŭngan kalempahannya ulih kamu itu mŭnurot ukoran kita,

16Akan mŭngajarkan Injil dalam jajahan yang disŭblah sana kamu, dan bukannya supaya mŭmŭgahkan diri kami dalam barang ukoran orang lain trima chuchi.

17Tŭtapi orang yang mŭmŭgahkan dirinya itu, maka biarlah iya mŭmŭgahkan dirinya kŭrna Tuhan.

18Kŭrna bukannya orang yang mŭmujikan sŭndiri sŭndirinya itu dikŭnangkan, hanya orang yang dipujikan Tuhan.



 <<  2 Korintus 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel