Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 12 >> 

FATSAL XII.

1BAHWA sŭsungguhnya tiada bŭrpatutan padaku akan mŭmŭgahkan diri, maka aku handak mŭmbri tahu bŭbrapa pŭnglihatan dan kŭnyataan deri Tuhan.

2Bahwasanya aku mŭngŭnal akan sa’orang orang Masihi ada kira kira ampat blas tahun lalu, ŭntah dalam tubohkah, tiada kutahu, atau diluar tubohkah, tiada kukŭtahui, mŭlainkan Allah yang tahu; maka orang itu tŭlah disambar dibawanya kadalam langit yang katiga.

3Bahwa aku tŭlah mŭngŭnal akan sa’orang yang dŭmkian itu, ŭntah dalam tubohkah, atau diluar tubohkah, tiada kukŭtahui: mŭlainkan Allah yang tahu.

4Bagimanakah grangan iya tŭlah tŭrtangkap sampie kadalam Fŭrdus, dan tŭlah mŭnŭngar bŭbrapa pŭrkataan yang tiada dapat tŭrkata katakan, dan tiada pula patut manusia bŭrkata kata.

5Maka deri hal orang yang dŭmkian itulah aku handak mŭmŭgahkan: tŭtapi deri halku sŭndiri tiada aku mahu mŭmŭgahkan, mŭlainkan dalam hal sagala kalŭmahanku sahja.

6Kŭrna jikalau aku handak mŭmŭgahkan skalipun, maka bukannya aku bodoh, kŭrna aku handak bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya; tŭtapi aku mŭnahankan diriku, supaya jangan dikirakan ulih barang sa’orang juapun akan daku tŭrlebih deripada barang yang dilihatnya itu, atau barang yang didŭngarnya deri halku.

7Dan supaya jangan aku mŭngatas atas diriku tŭrlampau ulih kŭrna kalempahan sagala kanyataan itu, maka adalah suatu duri dijadikan dalam dagingku, iya itu suatu utus utusan Shietan akan mŭnyuchuk aku, asal jangan aku mŭngatas ataskan diriku bŭrlebih lebihan.

8Bahwa ulih sŭbab pŭrkara itulah tiga kali aku tŭlah mŭmohonkan kapada Tuhan, supaya diundorkannya itu deripada aku.

9Maka Tuhan tŭlah bŭrfŭrman padaku, Adapun anugrahku itu padalah bagiemu; kŭrna gagahku itu tŭlah mŭnjadi sampornalah dalam kalŭmahan itu. Maka sŭbab itu aku tŭrlebih suka akan mŭmŭgahkan dalam sagala kalŭmahanku, supaya kwasa Almasih itu tinggal atasku.

10Maka sŭbab itu aku bŭrgŭmarlah dalam kalŭmahan, dan dalam kachŭlaan, dalam kasukaran, dalam annyaya, dalam kasŭsakkan sŭbab Almasih: kŭrna apabila aku lŭmahlah, maka tŭtkala itulah aku kuat.

11Maka aku tŭlah mŭnjadi bodoh sŭbab kamŭgahan; tŭtapi kamu ini tŭlah mŭmaksa aku: kŭrna haruslah aku ini tŭlah dipuji ulih kamu: kŭrna dalam barang suatu juapun tiadalah kakoranganku deripada sagala rasul rasul yang tŭrnama itu, mŭskipun aku ini satupun tidak.

12Maka sŭsungguhnya sagala tanda rasul tŭlah dijalankan diantara kamu dŭngan bŭbrapa sabar, dŭngan tanda tanda, dan ajaib ajaib, dan pŭrbuatan yang amat kwasa.

13Kŭrna apakah kakurangannya kamu deripada sidang jŭmaah yang lain lain, hanya aku sa’orang bŭlom mŭndatangkan barang tanggongan atas kamu? maafkanlah kiranya padaku deri sŭbab kasalahan ini.

14Maka sŭsungguhnya pada katiga kalinya aku adalah sŭdia handak datang mŭndapatkan kamu; tŭtapi tiada aku handak mŭndatangkan barang tanggongan atas kamu: kŭrna bukannya aku mŭnchari milik kamu, hanya diri kamu: kŭrna tiada harus anak anak mŭnghimponkan barang barang bagie ibu bapanya, mŭlainkan ibu bapa juga yang harus bŭrbuat dŭmkian bagie anak anak itu.

15Maka dŭngan kŭrelaan hati aku handak blanja dan mŭmblanjakan diriku kŭrna kamu; maka jikalau korang kasih kamu akan daku skali pun, mŭlainkan kasihku akan kamu lempahlah juga.

16Tŭtapi biarlah bŭgitu, maka aku ini tiada mŭndatangkan tanggongan ka’atas kamu: kandatilah sŭbab chŭrdek, maka aku mŭnangkap kamu dŭngan tipu daya.

17Adakah aku mŭnchari laba deripada kamu tŭrsŭbab ulih barang sa’orang yang kusurohkan kapada kamu?

18Maka aku pŭsan Titus, dan tŭlah kusurohkan sa’orang saudara pŭrgi bŭrsama sama dŭngan dia. Adakah Titus mŭnchari laba deripada kamu? maka bukankah kami tŭlah mŭlakukan diri kami mŭnurot sama Roh juga? dan bukankah kami mŭnurot sama kŭsan kaki juga?

19Dan lagi kamu sangkakankah bahwa kami ini bŭrdalih dalih kapada kamu? maka kami bŭrkata dihadapan Allah dŭngan bŭrkat Almasih: bahwa skalian pŭrkara itu kami pŭrbuat akan mŭnjadi kŭbajikan bagie kamu juga, hie kŭkasihku.

20Kŭrna aku takot, apabila aku datang kŭlak kapadamu, bahwa aku tiada akan mŭndapat kamu yang spŭrti kahandakku, dan aku pun kŭlak kamu tiada dapat yang spŭrti kahandakmu: asal jangan jadi pŭrbantahan, dan kadŭngkian, dan kamarahan, dan pŭrkalahian, dan umpat, dan bisik bisik, dan hati bŭsar, dan huru hara.

21Lamun, jangan kŭlak apabila aku datang, Allahku mŭrŭndahkan aku diantara kamu, dan aku mŭngŭrang ulih kŭrna bŭbrapa orang yang tŭlah bŭrdosa dahulu, dan yang bŭlom bŭrtaubat deripada kachŭmarannya, dan zinah, dan pŭrchabulan yang tŭlah dipŭrbuatnya.



 <<  2 Korintus 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel